»

05 December 2011

Terima Kasih Mat Bangla, Terima Kasih!!

Salam petang yang redup daripada JR,

Dari semasa ke semasa JR sering terbaca di dalam blog atau akhbar penghinaan kita sebagai rakyat Malaysia kepada warga asing yang begitu ramai di negara ini. Sebahagian daripada mereka pula dikaitkan dengan jenayah: perompak, penyamun, pengganggu gugat masyarakat, pelacur dan lain-lain. Memang dalam minda sebahagian kita orang yang mencari makan di negara ini, orang yang belajar di negara ini, orang yang melancong di negara ini jika mereka daripada Afrika, Mynmar, Bangladesh, Vietnam dan Indonesia adalah jahat-jahat belaka. Yang baik hanya kita dan pelancong berkulit putih yang datang dari Eropah dan Amerika...ya, kerana mereka berkulit putih!!

Ketika itu kita terlupa tentang jasa tenaga kerja Indonesia yang siang malam membina bangunan tinggi yang menjadi kebangaan negara, kita lupa tentang tenaga kerja Mynmar yang mengusahakan sebahagian dari tanah sawah di kampung-kampung, kita lupa tentang tenaga kerja Bangladesh yang bekerja di stesen minyak, kita lupa tentang tenaga kerja Nepal di restoran-restoran mamak. Kita lupa bahwa tanpa mereka mana mungkin wujud KLCC, KL Tower, Putrajaya, jambatan Pulau Pinang dan lain-lain binaan yang kita agung-agungkan itu. Tanpa mereka juga tiada beras tempatan untuk mulut kita suap setiap hari, tanpa mereka kenderaan kita tidak bergerak bila kehabisan petrol, tanpa mereka kita tak dapat bawa keluarga makan dengan selesa di kedai mamak. Tanpa mereka...ah, banyak sekali jasa-jasa mat  Indon, Mat Mynmar, Mat Bngla, Mat Nepal dan pelbagai lagi mat dan mek dari luar negara yang bekerja di negara ini dan sering kita hina itu.

Dan hari ini, JR terbaca dalam akhbar tentang jasa dua orang tenaga kerja daripada Bangladesh kerana menyelamatkan harta milik majikan tempat mereka bekerja dari seorang perompak dari kaum Melayu yang selalu kita kata bersopan santun itu. Kepada majikan mereka pasti jasa kedua-dua mat Bangla ini akan dikenangnya dan tentu dalam hati dia akan mengucapkan, "Terima kasih Mat Bangla!!"

Baca seterusnya:

ALOR SETAR – Hajat seorang anggota tentera untuk merompak kedai serbaneka 1 Station di Jalan Sultanah di sini buat kali keempat bukan sahaja tidak tercapai malah dia cedera dibelasah oleh pekerja premis yang geram dengan tindakannya itu.

 
SUSPEK berlumuran darah akibat dibelasah dua lelaki Bangladesh ketika cuba merompak kedai serbaneka 1 Station di Alor Setar kelmarin.


Suspek berusia 29 tahun yang lari dari tugas sejak dua tahun lalu itu cedera di kepala dan badan selepas dipukul dengan kayu oleh dua pekerja Bangladesh, Shairajul Islam, 33, dan Md. Mizan Nur Rahmat, 37.
Difahamkan, suspek datang ke kedai itu dengan menunggang motosikal curi yang diletakkan depan premis tersebut.

Menceritakan semula kejadian pada pukul 4.40 petang kelmarin itu, Shairajul yang ketika itu berada di kaunter pembayaran memberitahu, suspek terus mengacukan sejenis objek menyerupai pistol di bahunya sebelum mengarahkannya supaya menyerahkan wang. Katanya, dia bagaimanapun enggan mengikut arahan perompak itu kerana dapat mengecam suspek sama yang pernah merompak kedai itu sebanyak tiga kali sebelum ini.

“Dia kemudian menghentak kepala saya dengan pistol mainan itu. Saya yang geram dengan tindakannya kemudian mengambil sebilah pisau di bawah kaunter lalu mengacukannya kepadanya. Kami kemudian bergelut dan pisau itu terpelanting ke luar kaunter sebelum dia mencakar muka dan menggigit kedua-dua belah telinga saya menyebabkan saya menjerit,” ceritanya.

Tambahnya, ketika itulah Md. Mizan datang membantu dan terus memukul kepala dan beberapa bahagian badan lelaki itu dengan kayu. Menurut Shairajul, melihatkan suspek yang berlumuran darah, dia mengambil kesempatan itu untuk mengikat kaki dan tangannya sebelum menghubungi polis.

“Sebelum ini, saya cam dia yang merompak kedai ini sebanyak tiga kali bulan lalu dengan melarikan wang, rokok dan barangan lain bernilai ribuan ringgit,” ceritanya yang telah bekerja di situ sejak empat tahun lalu.

(Sumber: metro online)

3 comments:

  1. diana: Yg mnentukn baik tak baik seseorg bukan bangsa, tapi dirinya sendiri

    ReplyDelete
  2. eh ada ke berita ni, maklumlah dah lama tak bukak tv..huhu

    ReplyDelete
  3. hehehe..tak semua Bangla jahatkan...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....