»

05 December 2011

Isteri Berpayu Dara Besar Suami Murah Rezeki??



Salam tengahari Isnin buat semua pembaca blog JR.

Bukan niat JR nak buat entri lucah yang hangat di tengahari yang memang hangat ni. Entri JR  ni adalah berdasarkan satu cerita yang bukannya dongeng atau metos. Ia berdasarkan satu berita dalam akhbar China yang diceritakan oleh seorang kawan JR petang semalam. Kawan JR ni orang Cina Malaysia. Petang semalam ketika berbual-bual dengannya soal topik harga barang yang asyik naik, naik dan naik sahaja, dia menyatakan dah tak tahan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian termasuk susu bayi.

Kawan JR yang fasih berbahasa Melayu dialek Kedah tu tiba-tiba berkata kepada seorang anak muda Melayu di sebelahnya, "Kalau hang nak kawin, hang kena cari pompuan yang teteknya besaq tau? Hang tau, pompuan yang tetek besaq dapat jimat belanja keluarga, dapat bantu ringan belanja suami?"

 http://www.metrogaya.com/files/pictures/artikel/00%20home%20payudara%20besar.jpg

Anak muda itu dan JR terpinga-pinga dengan kata-kata kawan Cina JR tu. Ishhh, nak melucah ke apa kawan ni bercakap pasal payudara pompuan pulak?
Lalu kawan Cina JR tu bercerita tentang kes keracunan susu tepung bayi di China yang menyebabkan 14 peniaga ditahan. Katanya orang di China sekarang cuba mengelakkan dari membeli susu tepung di pasaran, sebaliknya mereka lebih suka membeli susu segar di ladang ternak. Satu lagi perniagaan yang sangat menguntungkan di China masa kini ialah menjual susu badan sendiri kepada bayi-bayi yang sebelum ini bergantung kepada susu tepung. Wanita yang menjual susu badan sendiri dapat menjana pendapatan besar yang rata-ratanya sekitar 10,000 yuan atau RM4,944 sebulan. Mereka yang mampu mendapat pendapatan hingga 10,000 yuan itu kebanyakannya adalah terdiri dari kalangan wanita yang mempunyai payudara besar yang mampu menghasilkan jumlah susu yang banyak.

RM4,944 sebulan? Banyak juga kan, hampir RM5,000 sebulan! Bukan perlu modal besar untuk dapat RM5,000 sebulan, cuma perah payu dara dan kemudian dijual kepada ibu bapa yang memerlukan susu segar untuk bayi mereka.

"Jadi kalau hang nak kawin, carilah pompuan yang teteknya besaq, sebab susunya banyak. Hang tak payah beli susu tepung di kedai lagi, jimat belanja. Jangan cari pompuan tetek kecik, susu tak banyak.." nasihat kawan JR tu  kepada pemuda Melayu disebelahnya diikuti oleh ketawa besar JR dan mereka yang ada berdekatan dengannya. Lucu!!!

JR tak pasti sama ada apa yang dikatakan oleh rakan JR tu memang boleh diterima 100%. Benarkah mereka yang berpayudara besar mampu menghasilkan susu yang banyak? Apa kata jika payudara saja besar tapi hasil susu si-isteri tak banyak, terpaksalah juga si-suami pergi ke kedai membeli susu tepung untuk bayinya. Jadi tak gunalah berkahwin dengan wanita berpayudara besar untuk menjimatkan perbelanjaan, tapi akhirnya terpaksa juga membeli susu di kedai...

Apapun, bagi orang Islam susu ibu tak boleh diperdagangkan kerana ia ada hubungan dengan hukum ibu susuan. Jadi bagi wanita Islam tak mungkin untuk mereka menjana pendapatan hingga RM5,000 sebulan dengan menjual susu badan mereka sesuka hati.

4 comments:

  1. hahahaha...kecik ati ceq kat apa kawan hang ckp tu tau..uhuks :)

    ReplyDelete
  2. iemah: Jangan kecik hati cek oooiii, setiap 'anugerah' Allah ada nilai dan harganya...

    ReplyDelete
  3. terimakasih artikel tersaji sangat bermanfaat

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....