»

23 December 2011

Subhanallah... Wati Pulang Ke Rumah Selepas Tujuh Tahun Mati

Maha suci Allah yang mencipta, menghidup dan mematikan sesuatu. Berita yang baru JR baca ini pasti membuat korang semakin yakin betapa besarnya kuasa Allah. Seperti firmanNya: Kun Faya Kun..bila Aku kata jadi, maka jadilah ia!! 

Tujuh tahun dah mati, 'dikebumikan' di laut, siapa boleh percaya selepas tujuh tahun mati boleh kembali ke rumah, walaupun dalam keadaan keliru kerana semuanya dah berubah?

Baca kisah benar ini: 

http://media.vivanews.com/images/2011/03/15/106880_tsunami-di-aceh--2004.jpg
Wati  hilang dalam tsunami 2004 yang menghancurkan Aceh

JAKARTA: Tujuh tahun selepas dihanyutkan ke laut dan disangka sudah mati, seorang mangsa tsunami Aceh yang berusia 15 tahun muncul di kampung halamannya dan disatukan semula dengan ibu bapanya.

Gadis bernama Wati itu dilaporkan disentap daripada genggaman ibunya ketika tsunami sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan dikhuatiri lemas. Namun kelmarin rakan kepada datuk gadis itu, Ibrahim, menemuinya duduk bersendirian di sebuah kedai kopi dan membawanya pulang ke rumahnya di bandar Meulaboh. 

Apabila ditanya, Wati berkata dia datang dengan menaiki bas dari Banda Aceh dan cuba mencari jalan pulang ke rumah tetapi tidak tahu caranya, menurut laporan portal berita The Telegraph semalam.

Gadis itu berkata, dia tidak dapat mengingati nama saudara maranya kecuali Ibrahim, membuatkan datuknya itu terfikir yang Wati mungkin cucunya yang sudah lama hilang.

Dia segera menghubungi ibu bapa gadis itu, Yusniar dan Yusuf, yang mengesahkan bahawa Wati adalah anak perempuan mereka berdasarkan tahi lalat dan parut kecil pada sikunya, menurut laporan itu.

Apa yang berlaku kepada Wati dalam tempoh tujuh tahun itu tidak jelas. 
 
(Sumber: BERNAMA)

3 comments:

  1. kenapa berita tak tulis selepas tujuh tahun hilang ye, tak pun disangka mati.. hmmmmmmm..

    ReplyDelete
  2. alin alias: sebab keluarganya menganggap dia sudah mati. Semua mangsa tsunami lain yg tak ditemui juga keluarga menganggap mereka mereka sudah mati...alfatihah..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....