Kesian Safee Sali. Hasrat nak menambah pengalaman di negara seberang, tapi lain pula yang jadinya kini. Berita terbaru ialah FIFA telah mengharamkan Liga Super Indonesia (LSI). Bukan saja LSI haram, tapi semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat dengan LSI juga diharamkan bermain dengan pasukan negara mereka.
Selain dari itu, pemain yang bermain di LSI juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain LSI tidak boleh bermain di mana-mana liga atau kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA.
Nasib baiklah pemain-pemain bolasepak negara yang lain belum lagi dipancing oleh kelab-kelab bolasepak Indonesia. Jika tidak, mereka juga senasib dengan Safee.
yang dikejar xdapat, yg dikendong berciciran. kesian..
ReplyDelete