»

08 December 2011

Senarai Carian Google Malaysia Paling Popular 2011: Tahniah Cikgu Shida!!

Salam malam Jumaat untuk semua pembaca blog JR.

Sambil mata korang memanah skrin di depan, cuba korang teka, carian apa yang paling diburu oleh pembaca dalam google? Hari ini google mengeluarkan senarai carian yang paling popular di Malaysia sepanjang 2011. Carian yang paling popular di Malaysia ialah  facebook, angry birds dan program realiti TV Maharaja Lawak.

Carian mengikut kategori pula ialah:

Carian berkaitan rancangan TV paling popular: Next Top Model, X Factor USA dan American Idol 2011.

Carian berkaitan teknologi paling popular:  iPhone5, iPad2, Samsung Galaxy dan Adroid.

Carian berkaitan artis asing paling popular: Bruno Mars, Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber.

Carian berkaitan artis Malaysia paling popular: Cikgu Shida (yang mengumpul pengikut yang besar dengan nyanyian mimingnya mengikut lagu-lagu sukaramai tempatan dan antarabangsa.


ci
 cikgu Shida dalam pelbagai aksi...

Carian berkaitan individu paling popular: blogger muda Fatin Liyana dan blogger Haniz Zalikha, ahli politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, ulama Ustaz Kazim dan pereka tudung muslimah Hana Tajima.

Carian berkaitan destinasi pelancongan paling popular: Kowloon/Hong Kong, pulau Su Mei dan Phuket (Thailand), diikuti oleh Bangkok, Maldives dan Disneyland Hong Kong.

Bagaimana dengan nama korang: ada tercatat dalam senarai carian google  paling popular tak?  Tak apalah tahun ini tak ada, mungkin tahun depan giliran nama korang pula yang akan tersenarai melebihi populariti Cikgu Shida!!

10 comments:

  1. hehe. xpenah ada pun.. huhu

    jom baca kejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

    ReplyDelete
  2. dapat mana info ni ek?.. Haw takmolah.. klu tersenarai rasa mcm glamour sangat.. suka yg biasa2 je!

    ReplyDelete
  3. tahniah la pada cikgu shida dari parit! :)

    ReplyDelete
  4. tahniah la pada cikgu shida dari parit! :)

    ReplyDelete
  5. tahniah la pada cikgu shida dari parit! :)

    ReplyDelete
  6. he3, hanya yg popular bleh ada situ...

    ReplyDelete
  7. L: Nanti tahun 2020 ada ler tu...

    ReplyDelete
  8. Haw: Ooops, sori lupa tulis sumbernya, sumbernya: Bernama News.

    ReplyDelete
  9. Budak Botak: BB pun tak kurang popularnya, lepas ni cuba kalahkan cikgu Shida pulak!!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....