Tup..tup..tup..sedar tak sedar kita dah masuk bulan Disember. Lebih kurang 20 hari lagi masuklah pula tahun baru 2012. Cepatnya masa berlalu!!
Rasanya macam baru saja JR bergiat dalam penulisan blog ni. Tapi bila diintai-intai rekodnya rupanya JR dah setahun menulis dalam blog ni. Setahun atau 12 bulan atau 52 minggu atau 365 hari, ooooiii...lama juga dah tu JR dalam dunia blogging!

Yang herannya macam mana JR boleh lupa hari ulang tahun kelahiran blog JR sendiri? Blog ni mula beroperasi pada 6 Disember 2010, hari ni dah 9 Disember, maknanya dah 1 tahun 3 hari atau 368 hari JR di sini.
Dalam tempoh 368 hari tu banyak yang terjadi. Pernah JR 'tutup kedai' selama 5 bulan, mula-mula kerana tak sihat, lepas tu bila dah sihat malas pula nak mulakan balik. Tapi bila sesekali jenguk blog dan lihat masih ada peminat yang sudi datang walaupun 5 bulan tutup kedai tanpa entri baru, kesian la hati pula...Lalu JR buat keputusan sambung balik menulis bermula pada 16 November. Walaupun masih dengan gaya penulisan yang memboringkan, namun masih ada juga yang sudi baca pada average paparan 600-900 sehari (malu sangat-sangat nak sebut!). 600-900 paparan sehari pasti tak banyak, tapi sekurang-kurangnya masih ada yang sudi baca, okey la tu...
| Tarikh | Paparan | Unik |
|---|---|---|
| 02-Dec | 694 | 282 |
| 03-Dec | 674 | 294 |
| 04-Dec | 719 | 292 |
| 05-Dec | 881 | 350 |
| 06-Dec | 695 | 291 |
| 07-Dec | 1095 | 442 |
| 08-Dec | 924 | 366 |
| Jumlah | 5682 | 2317 |
| Kepada korang yang masih setia membaca blog yang memboringkan sangat-sangat ni, JR ucapkan TERIMA KASIH!! | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|


Selamat Ulangtahun JR...semoga blog semakin mantap pada masa2 akan datang.
ReplyDeletep/s - blog u xboring laa, banyak info aper...pasal u punye blog la i tau kes ramly burger tu. hehe. Keep it up. (^_^)
selamat hari lahir blog jr..semoga teru sucses dalam dunia blog..
ReplyDeleteMyheart: Insyallah, berdoalah agar ia semakin mantap..
ReplyDeletenasha: Insyallah & yg terbaik utk blog comel nasya jugak..
ReplyDelete