»

14 December 2011

Mengapa Shaheizy Sam Dah Tak Mau Berlakon Lagi, Merajuk Ke??



Korang peminat pelakon Shaheizy Sam? Berita terbaru yang didengari JR ialah Sam telah memutuskan untuk berehat panjang daripada menerima sebarang tawaran berlakon pada waktu ini.

Sam berkata selepas hampir dua tahun bekerja keras memenuhi pelbagai tawaran berlakon filem secara berterusan, dia memilih untuk berehat selama beberapa bulan sejak Aidilfitri lalu. Mengapa dia berehat panjang pulak...merajuk ke?

 

Jawapannya tidak, bukan kerana merajuk. Dia berehat panjang bagi menumpukan perhatian kepada urusan pra-produksi filem yang bakal diterbitkan syarikat produksi keluarganya dan sebagai persiapan untuk dia mengarahkan filem sulungnya yang dijangka bermula pada Februari tahun depan.

“Hampir dua tahun saya bekerja-keras dalam pelbagai filem tanpa henti. Akhirnya saya dapat berehat panjang daripada sebarang penggambaran sejak Hari Raya lalu. Namun, ia tidak bermakna saya pergi bercuti ke mana-mana, cuma lebih banyak masa dapat dihabiskan bersama keluarga di rumah. Jadual saya tetap terisi dengan kerja-kerja memasukkan suara untuk filem-filem lakonan saya, sesi fotografi dan promosi filem,” katanya yang JR petik dari mStar.

“Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk meluaskan kebolehan dalam bidang pengarahan. Pengalaman dan pengamatan saya pada dunia lakonan tanah air selama hampir 20 tahun memberi keyakinan untuk menyahut cabaran ini. Buat masa ini saya belum boleh berkongsi lebih lanjut tentang filem yang akan saya arahkan itu, cuma ia sebuah filem aksi,” kata Sam selanjutnya kepada mStar.

Baguslah tu Sam. Dalam apa bidang pun, kita tak boleh statik berada di suatu tahap yang sama. Kita perlu berubah, transform setiap masa bagi menggapai impian menjadi yang terbaik di hari muka. Kerana hari ini kita perlu menjadi lebih baik dari semalam dan esok akan menjadi lebih baik dari hari ini...

7 comments:

  1. minat lakonan dia..tapi tak minat dia..selekeh..ops..hehe

    ReplyDelete
  2. arra: selekeh pun tak per, asal hati baik dan duit tak selekeh

    ReplyDelete
  3. arra: selekeh pun tak per, asal hati baik dan duit tak selekeh

    ReplyDelete
  4. diana: bukan nak kawin tp nak rehat kot

    ReplyDelete
  5. zora: semua watak yg dimainkannya hidup

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....