»

23 December 2011

SBPA: Keputusan Penuh Mesyuarat Cuepacs-JPA 23.12.11

Bagi kakitangan kerajaan (anggota perkhidmatan awam) pasti tertunggu-tunggu keputusan mesyuarat antara JPA dan Cuepacs hari ini. Sesuatu yang menjadi tanda-tanya ialah SBPA tu tangguh atau tak  tangguh?

http://www.malaysia-kini.com/blog/wp-content/uploads/2011/12/sbpa.jpg

Berikut ialah keputusan mesyuarat itu yang JR perolehi dari sumber dalaman yang boleh dipercayai:

1.Tempoh opsyen SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012;

2. Tempoh opsyen umur persaraan 60 tahun kekal sehingga 30.12.2011;

3. Markah SKT untuk exit policy dikurangkan dari <70% kepada <60%; dan

4. JPA bersetuju untuk menjalankan penstruktutan semula bagi Gred N dan W. Keputusan penuh akan diputuskan dalam tempoh masa 3 bulan.

JR: Semalam Presiden Cuepacs bukan main garang lagi mengumumkan pelaksanaan SBPA ditangguhkan. Apa yang tangguhnya, apa? 

Cuma opsyen SBPA dilanjutkan dari 31 Disember 2011 ke 15 Januari 2012. Itu saja penambah baikan? Bagaimana dengan isu-isu lain, misalnya jurang kenaikan tangga gaji antara JUSA dan kumpulan pelaksana yang bagai langit dengan bumi itu? Yang atas  diberi tambahan daging, yang bawah dapat tambahan tulang??

5 comments:

  1. Erm..dah isi dan sign SBPA ni..entah lah, saya yg menurut perintah je lah jawapnya...nak lawan apa lagi kan..cuma perlu diperbaiki sedikit sj lah

    ReplyDelete
  2. orang W selalu terpinggir..

    exit policy tu dah cun >70%!!

    ReplyDelete
  3. Dunia realiti: Ramai dah sign...

    ReplyDelete
  4. blog tips-kurus: Kesian org W kan? Ramai yg tak dpt cuti bulan Disember sebab nak tutup akaun...

    ReplyDelete
  5. mana nak sama kenaikan pelaksana ngan JUSA atau pengurusan.. upah di bayar atas kelulusan.. bawa2 lah berfikir rasional.. kalau yg bawah naik 500.. yg atas naik 100.. tak lama lg sama la org kelulusan PMR dgn ijazah..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....