Malam ni malam Jumaat. Bila malam Jumaat, orang Melayu suka buat cerita hantu. Hantu ni pula bermacam-macam jenis: polong, pelesit, hantu raya, pocong, pontianak dan lain-lain.
Entah mengapa jika nama pontianak mesti digambarkan berambut panjang. Agaknya pontianak-pontianak Melayu ni peminat kumpulan rock tak? Anehnya hanya pontianak Melayu berambut panjang, pontianak orang putih ada yang berambut pendek dengan penampilan menarik dan bukan main cantik lagi seksi!
Tapi korang tengoklah foto wanita di bawah ni. Dia bukan pontianak, tapi jika pontianak melihatnya tentu mereka surrender, maklumlah rambutnya yang sepanjang 2.53 meter itu mengalahkan kepanjangan rambut pontianak!
Wanita bernama Ni Linmei yang tinggal di Taiyuan, wilayah Shanxi, China ini berusia 55 tahun. Dia menyimpan rambut itu sejak 14 tahun lalu. Kerana rambutnya terlalu panjang dan sukar diurus bersendirian, beberapa jirannya turut membantu menyikat rambutnya. Susah juga bila rambut terlalu panjang kan?
(Foto: ihsan Reuters)


pengsan rambut panjang gini >_<
ReplyDeletehttp://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-of-sayings.html
panjangnya..rambut dia..memang kalah gan pontianak...
ReplyDeletec'axoera: jgn pengsan, takut nanti JR kena saman
ReplyDeletediana: Jiran2 suka, apa nak buat
ReplyDeleteCik Rose: Tak teringin mengalahkan dia ke?
ReplyDelete