»

03 December 2011

Penyanyi Hattan: "Lu Seperti Binatang!!"

Salam pagi Sabtu untuk semua pembaca blog JR.

Pasti ada yang tersentak dengan tajuk entri JR yang sedikit keras ni. Binatang!! Memang bila manusia disebut binatang itu tandanya si-pengucap menuturkannya dalam keadaan dia sangat marah. Malah bila marah bukan saja binatang, semua perkataan yang sangat buruk akan terhambur dari mulut: syaitan, iblis, bab*, malah ramai juga yang sampai mencarut menyebut benda-benda dalam seluar dalam!!

Yang marah sangat di pagi hangat ni sebenarnya bukan JR, tapi penyanyi bernama Hattan ni. 

 


Hattan marah kerana hujung minggu lalu ada seorang penulis gosip mengatakan dia telah menceraikan isterinya, Farah Asyikin, 32, dengan talak tiga selepas hanya seminggu berkahwin pada bulan lepas. Hattan, 47, berkata, gosip tersebut tidak benar dan berniat jahat. Dia  turut membidas sikap pihak tertentu yang menulis tanpa bersandarkan etika.

"Menjatuhkan talak tiga adalah perbuatan paling zalim yang dilakukan lelaki kepada isteri. Saya tak ceraikan isteri dengan talak tiga, semua itu adalah fitnah! Suka untuk saya ingatkan  di sini, penulis gosip juga ada etika dan jangan menjatuhkan maruah orang lain. Gosip boleh menimbulkan fitnah, seperti mana yang terjadi kepada saya. Jangan bercakap seperti binatang!"  kata Hattan seperti yang tersiar dalam Kosmo.

Kepada bro Hattan bersabarlah, istighfar banyak-banyak. Manusia bermulut longkang ini ada di mana-mana, bukan saja di kalangan penulis, tapi artis, orang bawahan, malah pemimpin politik yang selalu dihormati itu sendiri pun ramai juga yang bermulut longkang. Selagi manusia bernama manusia unsur kebinatangan tetap ada di dalam jasad mereka, hanya kecil atau besar yang membezakannya.

Bersabarlah....

6 comments:

  1. macam-macam...Hattan nie mulutnya lebih kurang Ogy laser tau...

    ReplyDelete
  2. macam-macam cerita kan..biasa la kalau dah jadi artis..semua benda dah jadi umum..tak ada privacy

    ReplyDelete
  3. Sharinginfoz: atris la katakan, macam2...

    ReplyDelete
  4. Cik Rose Cute: Mulut oh mulut...

    ReplyDelete
  5. Arra: Nasib baik kita tak jadi artis kan??

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....