»

02 December 2011

Bunkface: Mengapa RTM Panik + Bangang??




Nak tergelaknya JR dengan RTM, macam budak-budak belum masuk tadika!! Kerana hanya satu perkataan 'reformasi', RTM telah mengharamkan lagu Bunkface berjudul ‘Panik’ daripada disiarkan di radio.

Kumpulan Bunkface nampaknya begitu marah dengan pengharaman itu. Jurucakap mereka, Sam @ Shamsul Annuar Mohd. Baharum seperti dipetik dari blog ohbulan memberitahu:
“Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan ‘reformasi’. Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik.
“Reformasi yang saya sebutkan dalam lagu Panik tidak ada kena mengena dengan Gerakan Reformasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Parti Politik Pembangkang,”
“Lirik-lirik tulisan saya adalah berdasarkan pengalaman hidup seharian yang saya lalui di mana saya mahu berkongsi dengan para peminat Bunkface. Jadi, adalah tidak adil apabila RTM dengan mudah mengharamkan sesebuah lagu seperti Panik,”
 JR bukan peminat setia Bunkface, tapi tindakan RTM mengharaman lagu yang cuma ada sepatah perkataan 'reformasi' sangat keanak-anakan dan melucukan. Cuba korang teliti liriknya di sini.... nampak macam ada unsur politik ke? Yang JR nampak lagu ini mengisahkan seseorang yang ingin membebaskan dirinya daripada cengkaman mereka yang mau menjatuhkannya. Itu saja!

Tak kan kerana ada sepatah perkataan 'reformasi' lagu itu dianggap ada unsur politik? Reformasi bermakna pembaharuan, jika pemimpin-pemimpin kita selalu melaungkan perkataan 'tranformasi' tak apa pun, mengapa 'reformasi' pula tak boleh?

Yang herannya dengan pihak berkuasa ini ialah majalah yg mempunyai gambar artis buka sana buka sini boleh pula, malah dalam RTM juga banyak tersiar wajah-wajah artis separuh telanjang sama ada ketika menyanyi atau berlakon. Boleh pula!!

Sebab ramai yang marah kepada RTM agaknya hingga ada yang membuka akaun Facebook atas nama  "Kami Benci RTM Sebab Gam Lagu Bunkface - Panik" yang dipenuhi dengan pelbagai kecaman dan makian termasuk perkataan 'RTM bab*', 'puk* betul RTM', 'kite bako je RTM', 'RTM bangang' dll.

Mengapa RTM tiba-tiba panik satu macam hingga lagu 'panik' Bunkface itu diharamkan? 

Sebab pilihanraya dah dekat ke sampai pokok pun nampak macam hantu??

4 comments:

  1. pokok nampak macam hantu? hehe..

    ReplyDelete
  2. Ha...ha...ha... Memang kelakar

    ReplyDelete
  3. Arra: Orang takut macam tu la, semuanya nampak macam hantu, lagu pun nampak macam hantu!!

    ReplyDelete
  4. pena rozie: memang kelakar giler...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....