Salam untuk semua pembaca blog JR.
Dalam hidup korang, korang pernah menghina orang tak? Kadang-kadang kita tak sedar kita menghina orang. Kadang-kadang kita tak sedar kita persenda orang. Sebab tu orang tua-tua ada berkata 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'.
Jika yang bercakap tu orang-orang besar, VVIP, selebriti, lagi lah perlu jaga mulut, jaga perbuatan, jaga tindak tanduk, kerana ramai orang perhati apa yang mereka buat.
Misalnya filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur, arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Ada yang berkata Prof Razak menghina OKU dalam filem tu. Ini kerana filem tu menampilkan watak tiga lelaki yang menyamar sebagai orang buta, pekak dan bisu. Tapi mengikut Prof Razak tiga watak itu dibina sekadar mahu menunjukkan semangat tiga lelaki yang cuba merebut hati seorang wanita pujaan mereka.
Filem itu mengisahkan tentang tiga sahabat karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk menarik perhatian seorang gadis bernama Puteri.
Mereka bertiga bekerja sebagai ahli silap mata dan ketika membuat penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.
“Saya tak rasa penonton akan tersinggung kerana watak-watak (orang buta, pekak dan bisu) itu diwujudkan, ia bukan untuk mempersendakan golongan OKU tetapi menunjukkan ada yang sanggup menyamar menjadi golongan itu semata-mata meraih cinta seorang gadis" jelasnya semasa sidang media dan promosi tayangan filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, seperti yang tersiar dalam mStar.
Saiful sanggup menyamar menjadi buta semata-mata untuk memikat hati Puteri.Yang menghairankan JR, mengapa dalam filem itu tiga watak lelaki tersebut perlu menyamar jadi OKU? Tak boleh menyamar jadi orang lain ke, misalnya menyamar jadi Perdana Menteri, Wakil Rakyat, doktor, taukeh emas, peguam atau apa saja lah asalkan bukan OKU? Mengapa jika nak buat lawak, OKU yang jadi bahan lawak? Adakah kerana mereka OKU kita boleh buat gelak-gelak kat mereka?
Dunia ini sangat besar dan banyak lagi isu besar yang boleh diketengahkan. Tapi mengapa ada orang-orang bijak pandai kita hanya suka melihat isu-isu kecil untuk dibuat bahan lawak jenaka??


tak tengok lagi citer tu so tak boleh nak komen tetapi kalau ianya menampakkan untuk menghina memang tak patut
ReplyDeletemgkn kdg2 otak kita sempit nak fikir benda yang lain,,
ReplyDelete*lain orang lain cara,mungkin pengarah tu ingat ini cuma satu lakonan walaupun ada pihak yang mungkin akan terasa hati,
sharinginfoz: lepas tengok beri feedback..
ReplyDeletewoofer: pengarah dlm apa hal pun kena brhati2
ReplyDelete