Hari ini seperti yang korang semua tahu adalah hari bersejarah untuk Malaysia. Pada hari ini, Sultan Kedah (Sultan negeri JR tinggal), Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah mula memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.Yang paling unik ialah ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun.
Bagi mereka yang meminati sejarah negara, JR perturunkan senarai Yang di-Pertuan Agong dan beberapa fakta menarik mengenai mereka:
Bagi mereka yang meminati sejarah negara, JR perturunkan senarai Yang di-Pertuan Agong dan beberapa fakta menarik mengenai mereka:
1. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Mangkat: 1 April 1960 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama)
Ditabal: 2 Sept 1957
Tempoh Jawatan: 3 Ogos 1957 - 1 April, 1960
2. SULTAN SELANGOR
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah
Mangkat: 1 Sept 1960
Ditabal: 1 Sept 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua)
Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman)
3. RAJA PERLIS
Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Mangkat: 16 April 2000
Ditabal: 4 Jan 1961
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1960 - 20 Sept 1965(Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun)
4. SULTAN TERENGGANU
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Mangkat: 20 Sept 1979
Ditabal: 21 Sept 1965
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1965 - 20 Sept 1970
5. SULTAN KEDAH
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Ditabal: 20 Feb 1971
Tempoh Jawatan: 21 Jan 1970 - 20 Sept 1975
6. SULTAN KELANTAN
Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Mangkat: 29 Mac 1979
Ditabal: 28 Feb 1976
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1975 - 29 Mac, 1979
7. SULTAN PAHANG
Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Ditabal: 10 Julai 1980
Tempoh Jawatan: 26 April 1979 - 25 April 1984
8. SULTAN JOHOR
Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
Mangkat : 23 Jan 2010
Ditabal: 15 Nov 1984
Tempoh Jawatan: 15 April 1984 - 25 April 1989
9. SULTAN PERAK
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah
Ditabal: 18 Sept, 1989
Tempoh Jawatan: 26 April 1989 - 25 April 1994
10. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Mangkat : 27 Dis 2008
Ditabal: 22 Sept, 1994
Tempoh Jawatan: 16 April, 1994 - 25 April, 1999
11. SULTAN SELANGOR
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
Mangkat: 21 Nov 2001 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-11)
Ditabal: 23 Sept 1999
Tempoh Jawatan: 26 April 1999 - 21 Nov 2001
12. RAJA PERLIS
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Ditabal: 25 April 2002
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2001 - 13 Dis 2006
13. SULTAN TERENGGANU
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Ditabal: 26 April 2007
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2006 - 12 Dis 2011
14. SULTAN KEDAH
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Dilantik untuk kedua kali)
Ditabal:
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2011 -??
Beberapa fakta menarik tentang Yang Di-Pertuan Agong ini ialah:
i) Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara merdeka pada 31 Ogos, 1957. Semua Sultan/Raja di negeri-negeri beraja akan menjadi Yang di-Pertuan Agong secara bergilir-gilir.
ii) Sultan Abdul Halim Muazzam Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama yang menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Yang di-Pertuan Agong lain cuma sekali berpeluang menjawat jawatan itu, malah sebahagian lagi mangkat sebelum menghabiskan tempoh jawatan mereka.
ii) Kebanyakan Raja Permaisuri Agong adalah merupakan mereka yang berdarah Raja, kecuali Raja Permaisuri Agong yang kesembilan (Tuanku Siti Bainun), kesebelas (Tuanku Siti Aishah bt Abd Rahman) ketiga belas (Tuanku Nur Zahirah) dan keempat belas (Tuanku Sultanah Haminah) yang berasal dari orang kebanyakan.
iii) Kebanyakan Raja Permaisuri Agong tidak mengenakan tudung, kecuali Raja Permaisuri Agong yang kesebelas (Tuanku Siti Aishah) dan ketiga belas (Tuanku Nur Zahirah) yang memakai tudung.
iv) Yang di-Pertuan Agong termuda memerintah negara ialah Tuanku Syed Putera yang memegang tampuk kuasa Yang Di-Pertuan Agong pada usia 40 tahun.
v) Raja Permaisuri Agong yang termuda menaiki takhta ialah Tuanku Siti Aishah yang menjawat jawatan itu ketika baru berusia 29 tahun.


No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....