Salam petang Khamis buat semua pembaca blog JR.
Ketika mata korang sedang berada di depan skrin ni, JR nak tanya sikit: apa pakaian yang korang pakai? Pakai slack, kain pelikat, kain batik, skirt atau jeans? Jika pakai jeans awas korang!!
Mulai sekarang jangan pakai jeans sebarangan tau? Tau ke korang, ada orang pakai jeans kena denda RM4,500? Bukan sikit RM4,500, boleh buat macam-macam dengan RM4,500...Jadi untuk keselamatan jangan pakai jeans!

Kenapa jangan pakai jeans? Ia kerana:
Seorang pemandu teksi di Adelaide, Australia didenda USD1,417 (RM4,512) atas kesalahan memakai seluar jeans ketika bertugas. Akhbar Adelaide Advertiser melaporkan pemandu teksi itu, Shahram Forozandeh, 44 tahun telah didakwa oleh Jabatan Pengangkutan Australia Selatan kerana memakai seluar yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.
Di selatan Australia para pemandu teksi mesti berpakaianan kemas - baju kemeja dan seluar panjang manakala jeans diharamkan.
(Sumber berita: AFP)


haha..supaya apa la tu dia denda..
ReplyDeletepentingkan keselamatan kali..sebab pakai jeans berat kan..haha..