»

15 December 2011

Pakai Jeans Pun Kena Denda RM4,500?

Salam petang Khamis buat semua pembaca blog JR.

Ketika mata korang sedang berada di depan skrin ni, JR nak tanya sikit: apa pakaian yang korang pakai? Pakai slack, kain pelikat, kain batik, skirt atau jeans? Jika pakai jeans awas korang!!

Mulai sekarang jangan pakai jeans sebarangan tau? Tau ke korang, ada orang pakai jeans kena denda RM4,500? Bukan sikit RM4,500, boleh buat macam-macam dengan RM4,500...Jadi untuk keselamatan jangan pakai jeans!

 http://styletips101.com/wp-content/uploads/2010/04/Unflattering-Jeans.jpg

Kenapa jangan pakai jeans? Ia kerana:

Seorang pemandu teksi di Adelaide, Australia didenda USD1,417 (RM4,512) atas kesalahan memakai seluar jeans ketika bertugas. Akhbar Adelaide Advertiser melaporkan pemandu teksi itu, Shahram Forozandeh, 44 tahun telah didakwa oleh Jabatan Pengangkutan Australia Selatan kerana memakai seluar yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Di selatan Australia para pemandu teksi mesti berpakaianan kemas - baju kemeja  dan seluar panjang manakala jeans diharamkan. 
 (Sumber berita: AFP)

Lega kan? Nasib baiklah kejadian itu berlaku di Australia, bukan Malaysia. Dan nasib baik juga ia cuma membabitkan pemandu teksi Australia. Jadi jika korang ke Australia tak perlu takut kerana memakai jeans. Tak perlu juga pakai kain pelikat mau pun kain batik jika ke sana...

1 comment:

  1. haha..supaya apa la tu dia denda..
    pentingkan keselamatan kali..sebab pakai jeans berat kan..haha..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....