Perang FB antara Chef Wan dengan Adlin Aman Ramli nampaknya sudah sampai ke puncak. Perang itu meletus ekoran rasa kurang senang Adlin terhadapnya selepas dikritik hebat Chef Wan sepanjang program Maharaja Lawak Mega (MLM) berlangsung.

Adlin yang tersingkir daripada MLM minggu lepas ternyata bengang dengan kritikan Chef Wan dan telah melancarkan perang terhadap tukang masak popular itu di FB selain meminta pertemuan di antara kedua mereka diadakan bagi menjernihkan keadaan.
"Saya tak akan merendahkan martabat diri saya sepertinya (Adlin) iaitu orang yang tidak matang. Lagipun, siapa dia untuk saya pergi berjumpa?," soalnya ketika dihubungi mStar kelmarin.
Kata Chef Wan, sepatutnya Adlin yang mempunyai pengalaman sebagai juri program Akademi Fantasia (AF) tidak perlu melatah tentang komen yang diberikannya memandangkan dia juga seorang juri yang 'bermulut pedas'.
"Dia kritik orang boleh, tetapi tidak boleh pula terima kritikan orang. Karakternya sudah cukup menunjukkan dirinya yang sebenar." kata Chef Wan selanjutnya kepada mStar.
JR: Nak tergelak tengok selebriti-selebriti kita bergaduh. Bila kemarahan menguasai kewarasan, terserlahlah ketidak matangan dan kadang-kadang kebiadapan dan kebodohan. Benarlah, bila dua orang anak Adam bergaduh, ada syaitan di tengahnya...
memang pun..kritik org kemain..kena kritik xleh..dah la xlawak langsung zzzzzzzzzzzzz
ReplyDeletesiryesly, adlin yang over, die kate Chef Wan tak layak nak komen pasal lawak sebab beliau seorang chef. Tapi AF? err.. layak kot die komen.
ReplyDeleteAdlin xlayak jadi pelawak.... lawak bodoh.. xleh lawan lawak almarhum bapak dia.! Piirah Adlin....
ReplyDeletex matang la adlin ni..huhu
ReplyDeleteya begitu la....ramai manusia suka menerima pujian berbanding kritikan.. :)
ReplyDeleteCik Oda Gelang: Cam tu la manusia, batang hidung org dia nampak, batang hidung sendiri tak nampak..
ReplyDeleteMish Apple: Biasalah, ramai yg cuma nampak salah org lain..
ReplyDeleteKuda Perang: AR Tompel punya lawak memang akan dikenang sepanjang zaman..
ReplyDeleteOriginal Cik Teddy: huhu..
ReplyDeleteMyHeart: Bukan saja Adlin, Chef Wan juga suka dipuji kan?
ReplyDeletewalaupun chef wan tu tukang masak,tapi dia tetap punya perasaan..dia pun pandai beza nak ketawa ke tak nak..
ReplyDeletehahaha...