Jika korang kakitangan kerajaan, isu skim gaji dan perkhimatan baru SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) masih hangat dibincangkan. Ramai yang panas, ramai pula yang keliru dengan SBPA kerana masih ada perkara yang kurang jelas.

Tengahari tadi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam. Omar memberitahu demikian mengenai hasil pertemuannya dengan Datuk Seri Najib hari ini.
Omar juga berkata Datuk seri Najib meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen.
Tapi bagi sebilangan kakitangan kerajaan mereka tertanya-tanya siapa yang menyatakan SBPA ditangguhkan: Omar atau Datuk Seri Najib? Sehingga kenyataan rasmi dari Jabatan Perdana Menteri belum keluar, kenyataan Omar yang menyatakan SBPA ditangguhkan itu masih boleh dipersoalkan kesahihannya. Betul tak?

Uuh.. Kalau tangguh.. melepas nak rasa gaji baru awal tahun.. hehe..,
ReplyDeletetak faham sgt dengan SBPA nih..redha jelah..hehe
ReplyDeleteAretikz: Kalau tangguh utk kebaikan apa salahnya kan?
ReplyDeleteArra: Lama2 pasti faham kan?
ReplyDeletenak tangguh sign pun admin kata 'sign je... banyak lg form org lain ktorg nak settle nih'... huhuhu
ReplyDeleteejaMaria: Kesian admins..
ReplyDelete