Salam malam Selasa buat semua pembaca blog JR.
Tengahari tadi JR titipkan di blog ini entri mengenai sihir melalui gambar foto. Bila bercakap tentang sihir, pasti tidak dapat mengelakkan diri bercakap tentang jin dan spesis yang sejenis dengannya - iblis dan syaitan.
Pernahkah korang terfikir di dalam tubuh korang ada jin yang menumpangi? Tahukah korang sebahagian kita tidak tahu ada jin di dalam tubuhnya? Tak lama dulu JR ada lihat satu filem Barat di TV, (entah apa tajuknya dah tak ingat), ia mengenai seorang lelaki yang tidak menyedari ada hantu perempuan Siam yang menumpangi tubuh dan menggangu kehidupannya. Hantu perempuan itu rupanya bergantung di atas lehernya...menyeramkan!!
Jika ada jin yang menumpangi kita adakah cara untuk kita mengetahuinya? Ada mesin scan ke yang boleh mengesannya? Jika ada di mana boleh diperolehi? Atau kena jumpa ustaz ruqyah? Atau ada cara kita sendiri boleh mengesannya?
Sebenarnya ada cara untuk kita mengesan sendiri kehadiran jin dalam tubuh kita. Mengikut seorang ustaz yang JR pernah saksikan di TV, kita boleh mengesan sendiri kewujudan jin dalam tubuh kita melalui pembacaan ayat-ayat al-Quran tertentu.. Salah satu cara untuk mengesan kewujudan jin dalam tubuh kita ialah dengan membaca surah Al-Isra' ayat 70 sebanyak 100 kali:-
(Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan)
Mengikut ustaz itu, jika kita dapat menghabiskan bacaan ayat itu dengan tenang tanpa merasai apa-apa, itu menandakan tiada jin di dalam tubuh kita. Tapi jika baru baca 30, 40 atau 50 kali ayat itu tapi sudah rasa mengantuk, badan kepanasan/berpeluh dan dada berdebar-debar atau ada rasa kelainan yang sukar diceritakan, itu bermakna ada sejumlah jin dalam tubuh kita.
Tapi jika selepas membacanya beberapa kali terasa badan menggeletar kuat, rasa seperti mahu pitam, awas...itu bermakna wujud kuasa jin yang begitu kuat di dalam tubuh dan ia perlu dikeluarkan dengan segera bagi mengelakkan gangguan yang lebih teruk. Jika itu terjadi, temuilah ustaz bagi mengeluarkan jin secara ruqyah.
JR sendiri pernah mencuba dan alhamdulillah, JR tak merasai apa-apa, mungkin tiada jin dalam tubuh JR. Tapi seorang saudara JR di kampung yang pernah mencubanya menyatakan ia melalui satu pengalaman yang menggerunkan selepas membaca ayat ini beberapa kali.
Korang ingin mengesan kewujudan jin dalam tubuh korang dengan menggunakan ayat ini? Tidak rugi mencubanya....
info yg bagus =)
ReplyDeleteagak2 dlm bdn cik oda ni ada jin tak ekkk..aaa takutnyaaa..!
ReplyDeleteinsyaAllah akan cuba:)
ReplyDeletebagus la info ni, saya mesti cuba. !! Insyallah.
ReplyDelete