Salam tengahari Selasa buat semua pembaca blog JR.
JR suka melihat beberapa blog yang bukan saja dihiasi cantik, tapi begitu menarik (dan kadang-kadang...of course, terlebih menarik!!). Banyak juga blog yang berfungsi seperti diari, bercerita tentang diri sendiri dan keluarga. Dan bagi blog yang bercerita tentang diri sendiri pasti tak sah jika tidak dikepilkan dengan foto-foto diri dan keluarga blogger berkenaan.
Tapi awas, jika korang meletakkan gambar korang dalam blog, sila pastikan ia bukan gambar penuh, maksudnya gambar yang memaparkan gambar korang dari hujung kaki hingga ke hujung rambut!! Bahaya sangat-sangat!!!
Mengapa JR katakan bahaya sangat-sangat meletakkan gambar yang memaparkan gambar korang dari hujung kaki hingga ke hujung rambut??
Ini kerana mengikut ustaz ilmu ruqyah yang mahir tentang rawatan gangguan jin, foto penuh dari hujung kaki hingga hujung rambut memudahkan mereka yang memusuhi korang menghantar jin untuk menyihir korang.
Pasti ada yang berkata mengapa takut disihir, sedang aku bukan ada musuh pun? Memang ramai yang berfikir dia tidak punya musuh, kerana kita menganggap kita baik dan tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain. Tapi rambut sama hitam, hati...bolehkah kita meneka hati setiap manusia dengan tepat? Kadang-kadang ada mereka di keliling kita yang iri hati dengan kelebihan kita, kejayaan kita. Memang mereka bukan musuh kita, tapi bolehkah kita pastikan kita bukan musuh mereka kerana kelebihan yang ada pada kita??
Dan bagi korang yang punya wajah yang agak menawan, korang perlu lebih berhati-hati. Mungkin ada yang meminati korang dan cara paling mudah untuk membuat korang angau terhadapnya ialah dengan mengenakan korang dengan menggunakan gambar penuh korang di dalam blog. Yang lebih malang jika korang sudah beranak pinak, silap-silap tinggal suami, isteri dan anak-anak demi si-dia yang cuma dikenali dalam blog, Facebook, Twitter atau cuma muncul dalam mimpi!!
Pasti ada yang berkata mengapa gambar foto penuh boleh disihir, tapi sukar mengenakan sihir jika gambar foto separuh? Ini kerana mengikut ustaz ilmu ruqyah, jin memasuki tubuh melalui kaki, tanpa foto yang menunjukkan gambar kaki, sukar untuk pengamal ilmu sihir mengenakan seseorang.
JR bukan nak menakut-nakutkan korang. Tapi lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Lebih baik berhati-hati sebelum terkena. Bila dah terkena susah nak bebaskan diri dari penjajahan makhluk halus tu. Ambil masa untuk mengeluarkan mereka dan prosesnya juga seringkali sangat menyakitkan.
Sokong dengan Jr..
ReplyDeletetrime kaseh JR tuk info ni..^^
ReplyDeleteWow ! Betul tu , Sharing is Caring JR . Thanx for info ya . Appreciate it . :)
ReplyDeleteinfo yg sgt2 berguna. Thank u.
ReplyDeletebanyak juga baca pasal ni..kadang2 beringat..kadang2 lupa..:)
ReplyDeletesokong jr..heran jugk klu semua gmbr kita nak share dkt blog dan fb...cukupla jd tatapan sendiri, letak stu cukupalh untuk org kenali jak..
ReplyDeleteSalam kenal JR..
ReplyDeleteHurm pernah dengar..tapi macamana kalau gambar penuh seseorang yang menutup auratnya?bertudung dan berstokin..?boleh disihir juga ke?takutnya..huhu
Thx for sharing. Bagus gak bc blog mcm nie. Sy kurang tahu sket psl mistik. Mistik bt sy seram.
ReplyDeletebetul 2 mmg bahaya..
ReplyDeletegreat post! just what im looking for! terima kasih! <3
ReplyDelete