»

15 December 2011

Bohong Sunat Pagi Khamis

Salam pagi Khamis buat semua pembaca blog JR. Semoga semuanya baik-baik belaka.

Pagi ni JR hampir-hampir ditimpa malang lagi. Entah kali ke berapa ditimpa malang begini. Tapi setiap kali ditimpa malang cara begini, isteri akan kutuk balik, "Malang buatan sendiri, sendiri buat, sendiri tanggung, padan muka!!"

Pagi tadi ketika sedang minum pagi dekat satu gerai, tiba-tiba JR nampak seseorang yang memakai baju lengan panjang  putih dan berseluar hitam turun dari motorsikalnya. Alamak dia sudah datang!!!!

"Dia mai dah!!" kata JR kepada taukeh gerai sambil menjeling bihun dalam pinggan yang baru separuh dijamah, "Nanti saya mai balik!!!"

"OK,OK...Lari cepat sikit sebelum surat dia keluar!!" kata taukeh gerai kepada JR.

Lalu JR memecut sekuat hati ke arah orang baju putih dan seluar hitam tu:


JR: Nanti encik...nanti...nanti!!

Polis: (Buat tak tau sambil tangan mengeluarkan buku saman dan pen mendekati kereta JR)

JR: (Berlari mendekati polis) Encik...nanti encik...tunggu dulu..tungggguuuuu!!

Polis: (Memerhati JR) Kereta encik ke?

JR: Maafkan saya encik, tak ada tempat parking di sini.. zarurat ni..

Polis: Zarurat tak zarurat, salah tetap salah...tengok lesen memandu  encik.

JR: (menghulurkan lesen memandu) Maafkan saya encik..saya sebenarnya baru seminit letak kereta di sini, tapi encik dah sampai.

Polis: Encik kerja di mana?

JR: (Beritahu tempat kerja)

Polis: OK lah, lain kali jangan letak kat sini..salah kerana menghalang laluan.

JR: (legaaaa...) Terima kasih encik, assalamualaikum

Polis: Waalaikumsalam (menghampiri motorsikalnya dan berlalu pergi).

Eh, betul ke JR baru meninggalkan kereta kat situ seminit yang lalu seperti yang JR beritau kat polis tu? Parkir kereta, lintas jalan, beratur dalam gerai, lepas tu makan...eh, semuanya dalam masa seminit saja...cepatnya!!

Bohong sunat ke ni??

2 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....