Salam malam Khamis buat semua pembaca blog JR
Kebanyakan korang pasti kenal Awei kan? Sapa tak kenal penyanyi dan pelakon berbadan sasa yang selalu menjadi hero dalam banyak filem tu. Tapi selain dari hero dia juga sangat sesuai melakonkan watak crook. Malah Awei bukan saja sesuai berlakon filem lasak dan bergasak, malah banyaklah juga kisahnya di luar filem yang menceritakan kegagahannya bergasak hingga pernah jadi kes polis.
Dan baru-baru ni heboh pula si-Awei ni bergasak di sebuah kelab di Langkawi.
Cuma jika dalam filem dia selalu menang (kerana pengarah filem mahu dia menang) ketika bergasak, tapi dalam kejadian benar di Langkawi tu dia dikatakan tak menang, sebaliknya kena belasah teruk.

Tapi kata Awei dalam mStar, walaupun 30 orang memukulnya dia tak cedera sedikit pun!! Hebat!!!!
"Kira-kira 30 orang telah datang untuk menyerang saya di luar kelab tetapi mereka tidak berjaya menyentuh saya dan disebabkan itu mungkin mereka lebih berang terhadap saya. Anda (wartawan) boleh melihat sendiri tidak ada satu lebam pun berada di badan atau muka saya, jadi laporan mengatakan saya dibelasah teruk adalah tidak benar," ujarnya.
30 orang pukul pun tak jadi apa-apa? Hebatnya Awei!! Kalau begitu Polis Diraja Malaysia boleh ambil Awei jadi jurulatih jasmani polis, tentu polis dengan mudah dapat mematahkan penjenayah tanpa menggunakan senjata...jimat peluru kerajaan!
Dari mana Awei dapat ilmu pertahanan diri yang begitu hebat hingga dipukul 30 orang pun tak cedera sedikitpun? Kalau JR kena pukul 5 orang mesti patah kaki dan tangan, kalau kena pukul 10 orang pula mungkin dah tak ada lagi di dunia ni. Tapi Awei hebat sungguh, kena pukul 30 orang pun tak jadi apa-apa!!
Apa Awei ni ada ilmu kebal ke sampai begitu hebatnya dia? Tak kan dia bercakap besar pula kan??
Jika korang nak tau kisah selanjutnya mengenai Awei bergaduh di Langkawi tu baca di sini....


mesti kenal hehehe Otai artis...
ReplyDeleteFuh ~ Tarik nafas nak nyanyi dulu.. ahakz..
ReplyDeleteCik Rose: Otai bukan sebarang otai, otai yg tak gatai...
ReplyDeleteAretikz: Perli nampak....
ReplyDeletekebal ya....
ReplyDelete