Biasanya kejadian macam ni berlaku di luar negara saja. Orang Malaysia yang kononnya baik hati, sopan santun, berbudi bahasa dan penyayang ni tak mungkin akan melakukannya.
Tapi semalam di Melaka, seorang bapa menembak mati anak lelakinya yang berusia dua tahun. Bapa dari Kg Orang Asli Gapam Baru itu mendakwa ketika itu dia sedang "berebut" senapang patah buatan sendiri dengan anak lelakinya dan tiba-tiba ketika bergelut dia "tertembak" anaknya. Polis bagaimanapun musykil kerana agak mustahil kanak-kanak berusia dua tahun mampu bergelut dengan bapanya yang mempunyai tenaga yang jauh lebih kuat daripadanya. Lebih pelik bila polis tiba, darah sudah dibersihkan manakala jenazah kanak-kanak itu juga telah siap dimandikan oleh keluarganya. Senapang yang menjadi barang saksi kes itu juga telah tiada kerana dibuang oleh si-bapa ke dalam sungai berhampiran.
Korang percaya ke dengan cerita si-bapa yang tertembak anaknya ketika sedang bergelut berebut senapang yang JR perolehi beritanya dalam Metro itu? Atau ada cerita lain di sebalik kematian menyayat hati itu?
Apapun, biarlah polis menyiasatnya...
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....