pemain Indonesia menangis selepas kalah...
Sekali lagi JR nak ucapkan tahniah kpd jagoan-jagoan team bolasepak Malaysia yg telah berjaya menundukkan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti di stadium Gelora Bung Karno malam tadi.
Selain dari tahniah, JR juga ingin mengucapkan takziah kepada dua orang penyokong Indonesia yang telah meninggal dunia di dalam stadium ketika menyaksikan pertemuan mendebarkan itu. Mereka yang mungkin ada rekod kesihatan dipercayai diserang sakit jantung selepas menyaksikan kekalahan pasukan dokongan mereka.
Mengikut detiksports salah seorang penonton yang meninggal dunia dikenali sebagai Reno Soeharto Alpino Arena, manakala seorang lagi tidak diketahui namanya kerana tidak membawa kad pengenalan ketika berada dalam stadium.
Selain dua mangsa yang meninggal di dalam stadium, 10 lagi penyokong Indonesia pengsan dan cedera akibat berhimpit-himpit dan terpijak dalam stadium yang penuh sesak itu.
Selain dua mangsa yang meninggal di dalam stadium, 10 lagi penyokong Indonesia pengsan dan cedera akibat berhimpit-himpit dan terpijak dalam stadium yang penuh sesak itu.
JR tumpang simpati dengan nasib mereka yang meninggal dan tercedera itu. Dah lah tewas, meninggal dan cedera pula. Jika yang meninggal itu agamanya Islam, alfatihah untuk mereka...
innalilah kalau islam..
ReplyDeleteTahniah Harimau Muda...
ReplyDeletehurmm.. tekezut sgt tuuh.. tahniah harimau muda!!
ReplyDeleteterkejut juga ada yang meninggal
ReplyDeleteTerima kasih atas rasa simpatinya dari saudara2 di Malaysia,, Kurangnya koordinasi dan membludaknya masa pendukung Garuda Muda di stadiun Gelora Bung Karna kala itu, berakibat fatal dan jatuhnya korban,,
ReplyDeleteSelamat atas prestasi Harimau Muda dalam meraih medali emas,, Sampai bertemu kembali di pertandingan yang akan datang,,
Wassalam,,