Korang ada akaun Facebook, Twitter atau laman sosial lain yang sewaktu dengannya? JR percaya kebanyakan kita ada akaun FB dan Twitter. JR pun ada...
Tapi bila Imam Besar sendiri yang kata FB dan Twitter itu haram, apa komen korang? Imam besar yang kata nie...bukan imam kecil surau di taman perumahan atau kampung kita tu.
Apapun, sebelum komen bacalah dulu dari A sampai Z kenyataan Imam Besar di bawah ni:-
KUALA TERENGGANU – Laman sosial seperti facebook dan twitter yang kini seolah-olah menjadi satu kemestian kepada setiap orang boleh menjadi HARAM jika ia digunakan secara membabi buta dan tidak mengikut syariat Islam.
Imam Besar Terengganu (gambar bawah), Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, ramai orang tidak sedar bahawa teknologi dari barat itu juga sebenarnya mampu memusnahkan diri sendiri apabila ia tidak diguna dengan baik iaitu dengan kehendak Islam.

Menurutnya, perlakuan paling mudah mendatangkan dosa dalam penggunaan facebook dan twitter adalah dengan mengemaskini status berunsur fitnah atau pembohongan dan tindakan itu kurang diambil perhatian.
“Kita lihat ramai pengguna laman sosial mengambil mudah hal ini tetapi mereka kena sedar fitnah atau pembohongan ini boleh memutuskan hubungan dan menjatuhkan orang lain sekali gus mendatangkan dosa. Apatah lagi dalam Islam, dosa memfitnah itu besar iaitu seolah-olah membunuh,” katanya.
Selain itu Aizi Saidi berkata, dalam keghairahan memuat naik (upload) gambar untuk tatapan kenalan laman sosial masing-masing, orang Islam khususnya wanita juga seharusnya tidak keterlaluan menonjolkan diri sendiri.
Katanya, memuat naik gambar yang tidak menutup aurat dengan pelbagai jenis aksi memalukan sudah pasti mendatangkan dosa kerana ia jelas melanggar syariat Islam, lebih-lebih lagi gambar itu dilihat oleh satu dunia.
“Gambar tidak sopan juga akan merancakkan nafsu kaum lelaki yang melihat dan bermula dengan ini mereka mungkin melakukan perkara negatif lain termasuk mengeksploitasi gambar tersebut. Bagi wanita yang sudah bertunang atau berkahwin pula, tindakan sebegini merosakkan hubungan bersama pasangan masing-masing dan oleh itu mereka perlu menjaga maruah masing-masing dengan menutup aurat".

(Sumber: Sinar Harian)
isu salah guna ni..
ReplyDeletemakan nasi lemak pon haram, kalau guna duit curi..
setuju sangat. Kalau salah guna memang mendatangkan dosa....
ReplyDeleteblog-tips-kurus: memang isu salahguna la tu..
ReplyDeletepena rozie: mcm2 salahguna dlm dunia ni, termasuk ada lelaki yg salahguna dirinya mnjadi pompuan...
ReplyDelete