JR sangat tak faham dengan perangai sebahagian penonton fanatik negara jiran kita tu. Esok team bolasepak Malaysia Sukan SEA kena naik kereta perisai lagi ke stadium untuk final bolasepak Sukan SEA bagi mengelakkan diganggu penyokong fanatik Indonesia. Sukan (sport) selalu dikaitkan dengan semangat kesukanan (sporting), tapi mengapa ada peminat sukan yang tiada semangat kesukanan? Mengapa ada manusia yang hidup di zaman 2011 tapi berperangai mirip manusia zaman batu???
Orang naik kereta perisai untuk pergi berperang, tapi pemain bola kita naik kereta perisai untuk pergi bermain bola. Tapi tak apalah, mungkin dengan menaiki kereta perisai semangat mereka akan menjadi lebih tinggi, kerana mereka perlu menganggap mereka ke stadium Gelora Bung Karno untuk berperang!! Mereka adalah hero kita, wira kita, pejuang yang perlu berlawan bermati-matian bagi mempertahankan maruah negara. Selamat berjuang sang Harimau!!!
Kereta perisai Barracuda
Baca seterusnya berita ini:
JAKARTA - Pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA Ke-26 esok, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin. Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu.
“Malah kita harap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok, persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium,” katanya dipetik Bernama.
Mengulas mengenai perlawanan akhir yang akan bermula pada pukul 7 malam esok waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.
“Kita telah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A pada Khamis dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat yang kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi yang terbaik dan mencipta kemenangan esok.
“Esok kita akan membuktikan bahawa Malaysia masih yang terbaik di Asia Tenggara,” katanya.
Hamidin berkata, Indonesia pastinya lebih tertekan pada final kerana pemainnya pasti mengharapkan kemenangan berganda di hadapan penyokong dan di tempat sendiri.
(Sumber: Bernama)
Malaysia boleh.....
ReplyDeleteRozie: Esok pastikan Stadium Gelora Bung Karno bergelora dengan permainan bersemangat pemain Malaysia!!
ReplyDeletesemoga manusia menang..amin3
ReplyDelete*kita kena tunjukkan kita boleh ngan warga indonesia,dah lama kita asyik ditindas oleh mereka..
Woofer Storm: Untukmu tanah air tercinta...
ReplyDeleteblh2...m'sia blh.......
ReplyDeletekalo la aircond lam tu rosak.... tensen tau rasanya..nampak sgt rakyat diorg tu ganaz2, bgi mengelakkan pemain dicedera sbnrnye
ReplyDelete