Idea nak menulis entry ni sebenarnya timbul ketika JR menulis entry pagi tadi tentang S.Kalaichelvi 24 tahun yang dihukum penjara dua tahun kerana membunuh lelaki yang cuba merogolnya. Entry JR mengenai hal itu ada di sini...
Entah mengapa ketika menulis entry mengenai wanita tu pagi tadi JR teringat satu cerita ketika berkursus di satu institusi latihan di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas. Menurut si-empunya cerita yang merupakan salah seorang peserta kursus, cerita yang disampaikannya itu adalah satu kisah benar yang berlaku di sebuah negara Barat. Ceritanya begini:
Suatu hari seorang lelaki bernama John (bukan nama sebenar) bersama isterinya Mary (bukan nama sebenar) yang sedang menonton TV di rumah mereka telah didatangi oleh seorang lelaki yang tak dikenali. Lelaki itu datang untuk meminta sedikit air kerana kononnya keretanya menghadapi masalah. Tapi sebaik saja John cuba mengambil air di dalam rumah, lelaki tak dikenali itu memukul kepalanya dengan kayu. John pengsan. Melihat John pengsan, lelaki itu menerpa ke arah Mary dan cuba merogolnya. Mary cuba mempertahankan dirinya tapi lelaki itu terlalu kuat..
Ketika Mary hampir-hampir dirogol, John tersedar dari pengsan. John mengambil sebatang kayu dan memukul kepala lelaki itu bertalu-talu. Lelaki itu meninggal dunia di situ juga.
John dibawa ke mahkamah dan dibicarakan atas tuduhan membunuh. Selepas beberapa hari perbicaraan akhirnya tibalah hari di mana Tuan Hakim memutuskan hukumannya.
Hakim: Pihak mahkamah selepas menimbangkan dengan seadil-adilnya kes ini mendapati...yang dituduh (John) bersalah kerana membunuh si-mangsa dengan sengaja. Dengan itu mahkamah memutuskan yang dituduh dihukum gantung sampai mati..Tapi sebelum dihukum, pihak mahkamah ingin bertanya kepada yang dituduh sama ada dia mempunyai apa-apa untuk dikatakan. John...kamu ingin menyatakan apa-apa?
John: Sebelum dihukum mati, saya ada satu permintaan.
Hakim: Permintaan? Sila katakan permintaan kamu John..
John: Tapi bolehkan tuan Hakim berjanji untuk menunaikan permintaan saya?
Hakim: Saya tak boleh berjanji. Tapi jika ia di bawah kuasa saya, saya berjanji untuk menunaikannya.
John: Permintaan ini di bawah kuasa tuan Hakim..
Hakim: Kalau di bawah kuasa saya, saya berjanji untuk menunaikannya. Apa permintaan kamu John?
John: Permintaan saya mudah...saya nak tidur dengan isteri tuan Hakim!!
Hakim: Bang..bang (Hakim menumbuk mejanya sekuat hati). Kurang ajar punya orang.... kita bercakap baik dengannya, dia nak tidur dengan isteri kita pula!! Kurang ajar...aku bunuh kau!!!
(Hakim yang sangat marah itu kemudiannya menerpa ke arah John sambil cuba memukulnya)
John: Sabar tuan hakim...sabar..mengapa tuan Hakim terlalu marah?
Hakim: Semua orang akan marah jika isterinya diganggu. Dan semua orang akan lebih marah jika isterinya mahu dirogol!! Memang orang itu patut mati!!!
John: Tuan Hakim bernasib baik kerana isteri tuan Hakim tak ada di sini. Tapi saya menyaksikannya sendiri isteri saya cuba dirogol di depan saya. Sekarang cuba tuan Hakim beritahu saya, adakah tuan Hakim akan membiarkan isteri tuan Hakim dirogol di depan mata tuan Hakim atau tuan Hakim akan menjadi seperti saya...membunuh perogol itu?
Dan mengikut riwayat dari si-empunya cerita, John kemudiannya dibebaskan selepas pertuduhan terhadapnya dipinda oleh mahkamah kepada membunuh secara tak sengaja...Orang yang paling gembira bila John dibebaskan tentulah Mary, isterinya yang berbangga dengan suaminya yang rela menggadaikan nyawa untuk mempertahankan maruah isterinya...
Tapi ending cerita di atas tak sama dengan ending cerita wanita bernama Kalaiselvi. John dibebaskan kerana membunuh lelaki yang cuba merogol isterinya, tapi Kalaiselvi dihukum penjara dua tahun kerana membunuh lelaki yang cuba merogolnya...
haa kene bagi ayat sebijik macam tu baru hakim pon buka minda.. main sedap je bagi hukuman.. huhu
ReplyDeleteKadang2 hukuman kat dunia ni x adil kan...
ReplyDeleteEntry terbaru -> Cara Mudah Dapat Pekerjaan Cara Feilim Mac An Iomaire - 99.99% Berjaya... (",)
haha, baru hakim tu nak marah kan......ape bodoh la punya hakim....
ReplyDeleteFreaky: Betul tuu..Kdg2 manusia ni ikut buku sangat...
ReplyDeleteBudak Botak: Sebab tu ada org yg tak puas hati dgn hukuman dunia berkata: "Tak apa...tunggu di Mahkamah Akhirat!!"
ReplyDeleteWan Sandx: Itulah bila Hakim terlalu ikut buku undang2nya...
ReplyDeletesesiapa yg nak tidur dng aku, boleh hubungi aku. harap dpt kirim msg sexs yang power2. aku tinggal kat seberang jaya, pulau pinang. no fon aku kosong satu tujuh, empat tujuh sembilan kosong satu enam satu... just call me sayang...
ReplyDelete