Pagi ini hujan begitu lebat di Alor Setar. Walaupun turunnya tak sampai dua jam tapi kelebatannya menyebabkan banyak jalan sesak, malah beberapa kawasan ada banjir kecil. Dalam keadaan jalan sesak, ramai pengguna jalan raya hilang pertimbangan. Di luar kereta mereka bukan main bersopan, tapi bila jalan dah sesak macam ni ramai yang cuma mementingkan diri sendiri. Mereka bawa kereta dan motor macam jalan ini bapa mereka yang punya. Lorong tepi pun mereka tibai, lorong tengah yang cuma ada dua lorong pula dah jadi tiga lorong. Sesekali terdengar hon tanda ada hati yang sedang bergelora marah.
JR juga salah seorang yang tersepit dalam jem yang panjang itu. Kalau di KL jem sebegini dah jadi rutin, masyarakatnya dah dapat sesuaikan diri dengan jem yang berlaku setiap hari, tapi di Alor Setar masyarakatnya kadang-kadang kurang sabar dengan suasana seperti ini.
Dalam keadaan jem begini yang lebih menyesakkan hati ialah apabila kurang sifat tolak ansur. JR yang cuba memasuki satu simpang di Jalan Teluk Wanjah tadi menunggu masa yang begitu lama kerana kenderaan di kanan jalan enggan berhenti untuk membenarkan JR memasuki simpang berkenaan. Walaupun kenderaan mereka tak dapat bergerak, tapi mereka tetap tidak mahu membuka ruang untuk kenderaan lain memasuki jalan itu. Selfish!! Lalu jem yang teruk menjadi bertambah teruk.
Tiba-tiba sebuah kereta BMW putih berhenti dan memberi lampu sebagai isyarat supaya JR memasuki simpang di kanan, dan lepas itu barulah JR dapat memasuki jalan tersebut. Dalam dunia di mana ramai manusia mementingkan diri sendiri ini, masih ada yang berhati emas seperti pemandu BMW itu. JR mengangkat tangan sebagai ucapan terima kasih kepada pemandu BMW itu, seorang awek manis bertudung bunga-bunga.
Terima kasih awek bertudung bunga-bunga!!
waaa baiknya awek yang menaiki bwm itu ye jr.. susah nak jumpa macam tu
ReplyDeletewow!!
ReplyDeletebaik betul :)
patut lah Allah murahkan rezeki dia XD
Freaky: Memang dlm dunia ni ramai orang yg baik, tapi nak cari yg terbaik...itu yg susah tu..
ReplyDeleteDiana: Lepas ni JR berdoa rezekinya makin murah dan dia akan naik Lamborghini pula...
ReplyDeletesergeant keroro: Alangkah baiknya jika lelaki yg masih bujang tu dpt pasangan sebaik itu...
ReplyDelete