»

20 June 2011

Nak Panggil Apa Dengan Setan Ni: Bapa Atau Atuk??




Ayah ke suami?

Kesian budak tiga orang tu. Mereka tak pun minta dilahirkan. Mereka tak minta membesar nanti dalam kekeliruan itu. Tapi kedua ibu bapa mereka telah menghasilkan tiga orang anak dalam satu kecelaruan yang dahsyat. Mereka boleh panggil wanita 25 tahun itu sebagai "ibu" kerana dia yang melahirkan mereka, tapi apa nak mereka panggil kepada lelaki 45 tahun itu pula: "ayah" atau "datuk"?.

Korang bacalah berita di bawah ni, kemudian korang beritahulah JR apa yang nak budak-budak itu panggil kepada lelaki 45 tahun itu: ayah atau datuk?:-

KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak. Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda.Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu.


Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak. Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak. Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3,000. Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.


Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram). Berikutan itu, kedua-dua mereka ditangkap kerana melanggar undang-undang Kanun Jenayah Syariah 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan). Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman, berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji.
(Sumber: bharian 20.6.11)


Jadi pada pandangan korang apa tiga orang kanak-kanak tersebut nak panggil kepada lelaki berusia 45 tahun itu? Mereka boleh panggil lelaki berkenaan ayah, tapi bukankah dia juga datuk mereka?
 
Sesuatu yang pasti, ketiga-tiga orang anak itu bila dewasa kelak pasti akan terkeliru mengapa ayah dan datuk mereka adalah orang yang sama, tidak seperti rakan-rakan mereka yang lain yang mempunyai ayah dan datuk yang berbeza?
 
Dan satu lagi yang pasti bagi JR ialah seorang ayah dan anak yang sanggup membuat hubungan terlarang seperti itu memang wajar dipanggil setan dan iblis!!!


1 comment:

  1. dashyat tol. ingat kat luar negara jek ada camni.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....