»

15 June 2011

Rupanya Remaja Sekarang Lebih Lembik Dari Orang Tua 65 Tahun

Older man jogging running on meadow


   



 Orang tua sekarang lebih gagah dari orang muda


Salam buat pembaca blog JR,

Sekarang sedang buat apa tu? JR baru habis mengadakan aktiviti riadah. Biasalah, hampir setiap hari JR berjoging 6 kilometer. Dan bila balik ke rumah, lalu mandi...aduh, segar sekali!

Dan korang pula...berapa kerap korang bersenam dalam seminggu?

JR tanyakan soalan ni kerana JR terbaca satu kajian yang menyatakan remaja sekarang lembik, tak bermaya dan tak tahan bila bersukan berbanding generasi yang lebih tua. Malah kajian itu mendapati golongan remaja belasan tahun didapati 'tewas' bila bertanding dengan acara sukan menentang kelompok warga emas yang berusia 65 tahun. Kesiannya orang muda sekarang!!

Kajian yang dilakukan oleh Dr Kimberley Fisher dari Institut Sosial dan Penyelidikan Ekonomi, Universiti Essex, United Kingdom mendapat beberapa fakta yang bagi JR agak mengejutkan. Kajian tersebut melibatkan sekumpulan 1,200 sukarelawan berbagai peringkat umur di mana mereka dikehendaki melakukan aktiviti fizikal selama dua hari. Kajian tersebut mendapati:

i)  Warga emas berusia 65 tahun ke atas rata-ratanya boleh bertahan melakukan aktiviti fizikal dan senaman selama 1 jam 40 minit, manakala remaja berusia 8 hingga 19 tahun hanya mampu bertahan selama 1 jam 15 minit sahaja.

ii) Remaja perempuan merupakan golongan yang paling malas bersenam berbanding dengan wanita berusia yang lebih banyak bersenam.

iii)  Golongan muda kurang gemar melakukan kerja-kerja rumah seperti bercucuk tanam dan enggan ke mana-mana dengan berjalan kaki seperti generasi yang lebih berusia.

iv)  Kelompok warga emas yang telah bersara lebih cenderung bersukan dan bersenam berbanding golongan muda.

Kata Dr Fisher seterusnya gaya hidup malas bersenam yang dilakukan oleh orang muda sekarang akan menyebabkan mereka berpotensi untuk berdepan dengan masalah kesihatan yang serius di masa-masa hadapan.

Mengapa remaja dan orang muda sekarang tampak lembik dan kelihatan lesu, malah lebih lemah dari warga emas berusia 65 tahun? Mengikut Dr Fisher ia adalah kerana mereka terlalu asyik melayari program di TV, bermain permainan video di komputer dan melayari internet sehingga mereka mengabaikan kesihatan diri sendiri. Obses terhadap hiburan elektronik menyebabkan mereka menjauhi sukan atau apa saja aktiviti senaman yang dianjurkan. Dr Fisher juga menyatakan sikap malas remaja dan orang muda ini  juga dipengaruhi oleh sikap ibu bapa mereka yang terlalu memanjakan anak-anak dan risau tentang keselamatan mereka.

Bagaimana dengan korang, suka bersenam tak atau korang adalah sebahgaian dari generasi lembik dan lemah yang dikatakan oleh Dr Fisher itu?

2 comments:

  1. apa yang jr tulis ni memang benar sangat. freaky sendiri bersenam beberapa bulan sekali.. huhu

    ReplyDelete
  2. Freaky: Huhuhu...jgn ternak lemak...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....