»

15 June 2011

Padan Muka...Mati Ketika Sedang Merogol Nenek


Mugshot of Isabel Chavelo Gutierrez, who died while raping a 77-year-old victim in Tivoli.

              Isabel Chavalo Gutierrez...mati ketika sedang merogol nenek

JR tak boleh bayangkan bagaimana seorang lelaki terbangkit nafsu seksnya bila melihat seorang nenek 77 tahun hingga sanggup merogolnya. Adakah nenek itu terlalu cantik dan seksi hingga lelaki itu sanggup melakukan hal itu? Atau dia jenis lelaki psiko gila seks yang suka mencuba hal-hal pelik termasuk memperkosa wanita warga emas yang sepatutnya dilindungi?

Malangnya bagi perogol gila dari Texas, Amerika Syarikat itu, ketika sedang merogol nenek itu di rumahnya dengan penuh nafsu, tiba-tiba dia meninggal dunia. 

Perogol itu, Isabel Cuhavelo Gutierrez berusia 53 tahun dari Tivoli, Texas, Amerika Syarikat (AS), berbasikal sejauh dua kilometer sebelum menceroboh rumah seorang nenek berusia 77 tahun dan terus merogolnya. Ketika sedang asyik merogol nenek tersebut yang diancam dengan  pisau, tiba-tiba Gutierrez memberitahu dia kepenatan dan tidak sedap badan, lalu dia  berhenti seketika untuk berehat.

Tapi tak lama kemudian selepas agak sihat sedikit, Guteierrez kembali menyambung merogol nenek tua itu sebelum akhirnya terjatuh di lantai dan terus meninggal dunia.

Sarjan Gary Wright dari Refugio County Sheriff menyatakan bahawa punca kematian Gutierrez adalah kerana mendapat serangan jantung, mungkin kerana kepenatan setelah berbasikal sejauh dua kilometer.

Ini bukan kali pertama Gutierrez melakukan serangan seksual kerana pada tahun 2008 dia pernah melakukan kekerasan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, tapi kemudian dia telah diampunkan oleh Mahkamah. Tapi kali ini kesnya tak sempat dirujuk ke Mahkamah, kerana dia terlebih dahulu mati ketika sedang merogol nenek tua itu...

(Sumber info: dailymail.co.uk)

5 comments:

  1. sian nenek..tp naper nenek tu x call police or menjerit..HeLP.HEpL..Please HelP me....!!!! ;p

    ReplyDelete
  2. memang padan dengan muka mati semasa merogol

    ReplyDelete
  3. Mrs Hazqira: Tak yah kol polis..org tu dah mati dah...

    ReplyDelete
  4. Freaky: Hukum karma lah tu...

    ReplyDelete
  5. Diana: Lepas mati baru dia serik..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....