»

24 June 2011

Olimpik 2012: Tahniah Team Malaysia, Takziah Penonton Malaysia!!!


JR nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Skuad Olimpik Malaysia yang telah berjaya menundukkan pasukan Olimpik Lubnan 2-1 pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Gol yang diperolehi oleh pasukan Malaysia hasil jaringan Irfan Fazail ( minit ke 7) dan Wan Zack Haikal (minit ke 40) sementara jaringan Lubnan dari Chadi Atie (minit ke 63). Pada perlawanan pusingan pertama di Beirut Ahad lalu, kedua pasukan terikat seri 0-0.

Dengan kemenangan ini bermakna pasukan Malaysia akan mara ke pusingan akhir kelayakan Olimpik peringkat kumpulan yang membabitkan 12 pasukan dalam usaha meraih tiket ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Pasukan Malaysia pernah layak ke Olimpik pada zaman kegemilangan bolasepak negara pada tahun 1972 dan 1980. JR berharap Malaysia akan kembali cemerlang seperti 30 tahun dulu... 

Cuma yang tak seronoknya ialah ketika pemain Malaysia bermain dengan baik ada segelintir penonton yang memancarkan cahaya laser kepada pemain Lubnan. Perangai tak senonoh sebahagian penonton Malaysia ini pasti mencemarkan imej negara. Esok mungkin heboh media Lubnan melaporkan negaranya tewas akibat pancaran laser penonton Malaysia yang tak bertamadun itu...

Sekali lagi tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia dan takziah kepada  penonton ultra-fanatik Malaysia...

2 comments:

  1. Memang patut ucap takziah kpd penyokong2 bangang tu...

    ReplyDelete
  2. gol-gol yang lawa, terbaik setakat ni dari under 21 XD

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....