Mungkin ketika makan kita tak sedar apa yang kita makan sebenarnya juga mengandungi pelbagai 'makhluk halus' yang kita tidak tahu kewujudannya. Bila sakit barulah kita tahu ada benda yang 'menumpang' dalam tubuh kita. Kerana ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, kita tak menyedari hampir setiap hari kita menelan atau menghirup 'makhluk-makhluk halus' ini. 'Makhluk-makhluk halus' ini pula rupanya sangat menggerunkan, malah ada yang bermata tersembul dan taring tajam seperti foto di atas.
Tapi 'makhluk halus' yang JR nak ceritakan dalam entry ni bukan 'makhluk halus' spesis jin, iblis dan setan, tapi makhluk halus spesis kutu-kutu halus yang seringkali secara tidak sedar terhirup oleh kita melalui udara dan debu yang banyak bertebaran di sekitar kita atau kita telan bersama makanan dan minuman yang ada.
Kita mungkin tidak begitu hairan dan takut jika mendengar bakteria dalam debu yang teramat kecil itu terhirup. Namun yang lebih mengerikan lagi adalah ketika kita melihat bagaimana bentuk mereka yang wujud dengan pelbagai rupa yang amat menakutkan. Bila menatap rupa kutu-kutu halus ini mungkin kita teringat kepada UFO dan monster yang sering ditayang di TV.
Ini adalah antara gambar-gambar kutu halus yang JR ceritakan di atas:
(Sumber foto:Ikadanews)
e.e..e...takut tengok.
ReplyDeleteerkkkkk.......
ReplyDelete