»

13 June 2011

Aneh: Berkahwin Dengan Mayat

Demi cinta yang tiada padam, seorang pemuda China bernama Zhuang Hua Gui, 26 tahun rela mengahwini pasangannya Hu Zhao, 21 tahun yang sudahpun meninggal dunia dan menjadi mayat. 

Kisah menyayat hati ini berlaku apabila Hu Zhao yang sepatutnya mengahwini Zhuang telah dibunuh dengan kejam oleh pencuri yang menceroboh rumahnya seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka.

Walaupun jasad Hu telah terbukur kaku, namun  Zhuang berkeras mahu mengadakan juga majlis pernikahan mereka pada tarikh yang sepatutnya mereka kahwin. Lalu majlis pernikahan Zhuang dengan mayat Hu diadalkan dengan disaksikan ramai tetamu. (Tak diceritakan pula sama ada pasangan pengantin ini melalui pengalaman 'malam pertama' seperti selayaknya pengantin-pengantin baru yang lain...)
 
Lihatlah foto-foto kemeriahan majlis pernikahan mereka:





(Sumber info: ikadanews)


3 comments:

  1. haha kenapa seram sangat.. kahwin dengan mayat =_=

    ReplyDelete
  2. Freaky: Itu namanya setia ke penghujung hayat!!

    ReplyDelete
  3. Diana: Itulah namanya cinta...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....