Kereta ni sebiji macam tin biskut..
Cuba korang tengok kereta di atas tu...cantik tak? Amacam, jika dijual di Malaysia boleh laku tak? Bagi penduduk-penduduk Beijing yang terkejut dengan kehadiran kereta pelik yang kelihatan di Gulou East Street, Beijing, dua hari lepas menyatakan ia adalah kereta yang sungguh berbeza dengan rekabentuk kereta yang pernah ada di dunia.
Kereta dengan rekabentuk pelik ini bewarna biru, tanpa tingkap, tanpa pintu dan yang paling pelik ialah tanpa kaca untuk pemandu dan penumpangnya melihat ke luar! Bentuknya pula ada yang seperti kotak biskut dan ada pula yang menyerupai telur ayam. Pelik sungguh...
Ada yang melihat kereta ini menyatakan ia seperti jentera pengangkutan dari dunia lain yang biasa ada dalam filem-filem animasi. Ada pula yang menyatakan kereta ini mungkin pengangkutan darat makhluk asing dari dunia UFO yang menceroboh Beijing..
l
Yang ni pula macam telur...
Tapi selepas tinjauan dibuat, rupanya kereta aneh ini bukan dicipta oleh makhluk asing, kerana ia memang ciptaan manusia. Ia sebenarnya kereta yang digelar oleh pemerintah China sebagai Kereta Konsep Rakyat yang dihasilkan oleh pengeluar kereta terkenal, Volkswagen. Pengeluar kereta itu sengaja meletakkannya di Gulou East Street, Beijing, yang sibuk itu bagi memberi peluang penduduk kota itu melihatnya.
Yang JR belum mendapat jawapan mengenai kereta ini ialah jika ia tak ada tingkap dan pintu, bagaimana pemandu dan penumpang kereta ini boleh masuk? Dan jika tidak ada cermin depan bagaimana pemandunya boleh memandu kereta ini dengan selamat? Atau sebagai kereta masa depan, Volkswagen telah menyediakan alternatif lain untuk pemandu dan penumpangnya masuk ke dalam kereta tanpa melalui pintu dan melihat keadaan di luar kereta tanpa menerusi tingkap?
Dan soalan terakhir JR: Jika kereta sebegini dijual di Malaysia adakah ia akan mendapat sambutan?
(sumber info: news.xinhuanet.com)
Dan soalan terakhir JR: Jika kereta sebegini dijual di Malaysia adakah ia akan mendapat sambutan?
(sumber info: news.xinhuanet.com)
boleh lah tumpang naik nanti...kat malaysia?? Jangan harap nak tengok... berangan je la sekarang ni... hehehe...
ReplyDeletebetul tu. macam mane ek? terfikir gak nih. ce cari jawapannye JR.
ReplyDeletePendekar Berkuda: Memang teringin nak naik kereta konsep baru begini...
ReplyDeletecahayabintang: Pasti ada caranya...
ReplyDeleteDiana: kopek durian bolehlah dgn parang, tapi kereta kena guna gergaji karan...
ReplyDelete