»

30 May 2011

Video Panas Shah Jazsle dan Prema Yin: Salah Siapa?

video premayin shah jaszle


Heboh macam nak rak dunia hiburan tanah air dua tiga hari ni mengenai video ghairah Shah Jaszle dan Prema Yin bertajuk "Marilah" itu. Video tersebut sebenarnya adalah sebagai musik rasmi untuk lagu "Marilah" (dalam versi Inggeris bertajuk Addicted) nyanyian Prema Yin..  

JR lihat ramai sekali dalam blog mereka kelihatan marah mengapa video sepanas itu membabitkan orang Islam apabila pengarahnya (Gambit Saifullah dan Umair Mohamed) ialah orang Islam dan pelakon lelakinya (Shah Jaszle) juga Islam. Cuma pelakon wanita (Prema Yin) yang dalam video itu menari penuh ghairah dan hot itu saja bukan Islam.

Ramai yang kesal mengapa video ghairah Prema Yin & Shah Jaszle ini tersebar begitu cepat dalam Youtube. Ada pula yang berkata Prema Yin gadis Cina + India tu saja nak popularkan dirinya menerusi isu-isu kontroversial sebegini. 

Bagi JR kelucahan dalam industri hiburan kita berkait rapat dengan kehidupan kita di Malaysia yang semakin lucah. Lihatlah TV kita sedikit masa dulu hari-hari siarkan video lucah seseorang yang mirip seorang tokoh politik pembangkang. Yang mengedarkan video lucah mirip pemimpin pembangkang itu pula adalah terdiri daripada trio VVIP yang semuanya ada gelaran Tan Sri dan Datuk. Sekarang ini video lucah yang diedarkan oleh trio VVIP itu telah tersebar di banyak tempat dan polis dikatakan hanya membiarkan saja kelucahan melampau yang meloyakan itu dalam masyarakat kita.
Jadi patutkah kita marah berapi-rapi terhadap artis kita yang berlakon dengan gaya panas dan penerbit video yang menerbitkan video erotik itu? Patutkah? Jika pemimpin-pemimpin politik, VVIP, Tan Sri dan Datuk boleh mengedarkan video lucah tanpa ditahan polis, apa yang boleh kita lakukan untuk menghalang video panas Shah Jazsle dan Prema Yin tersebar?

Bapa borek anak rintik, tokoh politik VVIP bergelar Tan Sri dan Datuk pun boleh melakukan perkara-perkara berunsur lucah, artis kita pun tentu berfikir mereka juga boleh melakukan kesalahan yang sama!! Memang sangat tepat peribahasa Melayu: bapa borek anak rintik, guru kencing berlari anak kencing berdiri...

Nota: JR minta maaf kerana tak mahu selitkan video panas tu di sini seperti dalam banyak blog, sapa yang nak menjamu mata layarilah sendiri di Youtube....

3 comments:

  1. banyak gak blog yang buat entri mcm ni tp freaky pon x tgk lagi video klip tu.. sape prima yin tu pun x kenal.. shah jazsle tu sape ?

    ReplyDelete
  2. Freaky: Aiiit..Shah Jazsle pun tak kenal? Esok jam 9 mlm buka TV3 ada drama dia jadi heronya...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....