Salam pagi Selasa untuk semua pembaca blog JR,
Pagi tadi isteri JR merungut lagi, "Banyaknya nyamuk malam tadi, nak tidur pun susah". Sebenarnya isteri JR sering merungut nyamuk suka menggigitnya. JR pun heran mengapa nyamuk suka mengoratnya, tapi tak suka mendampingi JR? Biasanya bila dia merungut, jawapan standard JR ialah,"Rumah kita cuma ada nyamuk jantan, nyamuk jantan mana nak buat love bite kepada orang lelaki, dia akan cari orang perempuan".
Tapi mengapa nyamuk menyukai sesetengah orang, tapi tidak menyukai orang lain? Sebenarnya nyamuk paling aktif di musim panas. Satu lagi fakta yang korang perlu tahu ialah hanya nyamuk betina saja yang menggigit manusia, nyamuk jantan tak menggigit manusia. Jadi yang selalu membuat love bite di tubuh isteri JR ialah nyamuk betina...nyamuk lesbian!!
Tapi mengapa nyamuk betina saja yang menggigit manusia? Ini kerana nyamuk betina memerlukan asid amino dari darah manusia untuk kegunaan sel telurnya. Asid amino yang diperlukan nyamuk ini dipanggil isoleusin. Jika nyamuk betina dapat memperoleh jumlah isoleusin yang banyak, ia boleh menyimpan hingga 100 telur. Tapi jika tidak, mungkin ia hanya mampu menyimpan 10 telur sahaja.
Tapi nyamuk tidak menggigit manusia sebarangan. Ada manusia (seperti isteri JR) yang nyamuk suka buat love bite, tapi ada manusia (seperti JR) yang nyamuk jarang-jarang mendekatinya. Manusia-manusia yang nyamuk paling suka mengorat ialah:
1. Memiliki kolesterol dan steroid tinggi
Orang yang memiliki kadar kolesterol dan steroid tinggi di kulitnya lebih mudah digigit nyamuk kerana sifat nyamuk yang suka mengikuti seseorang yang menghasilkan banyak kolesterol di kulitnya.
2. Memiliki kadar asid urik yang tinggi
Bau yang begitu kuat dari asid urik akan menyebabkan nyamuk mengikuti arah bau tersebut dan menggigitnya.
3. Tubuh yang banyak mengeluarkan karbon dioksida
Nyamuk sangat tertarik dengan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh tubuh, sebab itu mereka yang mempunyai kadar karbon dioksida yang tinggi dalam tubuhnya lebih kerap digigit nyamuk.
4. Ibu mengandung
Nafas yang dikeluarkan oleh ibu hamil biasanya mengeluarkan karbon dioksida yang lebih tinggi sehingga mereka mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk digigit nyamuk.
5. Manusia dengan golongan darah tertentu
Jenis golongan darah yang berbeza akan mengeluarkan bau yang berbeza pula sehingga ada yang menarik dan ada juga yang tidak menarik perhatian nyamuk. Misalnya golongan darah O memiliki bau yang paling diminati nyamuk kerana kadar cairannya yang tinggi menyebabkan nyamuk lebih peka menghidu baunya.
6. Manusia berkulit lembut
Mereka yang mempunyai kulit lembut lebih diminati nyamuk kerana taringnya lebih mudah untuk menembusi ke dalam daging manusia berkenaan untuk menyedut darahnya.
7. Memiliki kadar kehangatan yang tinggi
Nyamuk menyukai haba panas, oleh itu manusia yang badannya mengeluarkan haba yang panas lebih diminati nyamuk (sebab itu kot nyamuk tak suka JR, kerana JR adalah jenis manusia yang always cool..)
8. Pakaian hitam
Nyamuk sangat suka kepada warna hitam berbanding warna cerah. Kerana itu juga nyamuk aktif di waktu malam dengan warna alam yang hitam pekat itu.
Diana: Sebab tu bila tidur kena selalu selimut, takut kena gigit..
ReplyDelete