Panas..panas..panas..Dah la cuaca panas, hatipun turut panas. Panas, panas, hot,hot..
Cuaca sekarang bukan main panas. Di KL bacaan suhu semalam 36.2 darjah celcius. Itu di KL. Di negeri-negeri Utara,terutama Perlis, yang terkenal panas tu lagi la panas. Jika KL 36.2, entah-entah Perlis 38.8, boleh pecah cermin kereta, boleh cair plastik dibuatnya!!
Mengikut sumber Jabatan Kaji Cuaca, punca panas sekarang akibat Ribut Tropika Aere berdekatan Filipina yang menyedut angin dingin menyebabkan kelembapan udara kita berkurangan, lantas cuaca pun menjadi panas.
Dah la cuaca panas, hati JR juga panas malam tadi kerana berukband di rumah tak ada semalaman. Tak dapat layari internet semalaman, rasa seperti sesuatu yang hilang..Panas, panas, hati panas kepada syarikat berukband!!
Ketika cuaca panas dan hati terasa panas, tiba-tiba terdengar pula berita harga gula naik 20 sen hari ini. Kenapa naik? Biasalah kerajaan memberi pelbagai alasan yang diulangi sejak berpuluh tahun lalu. Lalu seperti pengumuman bodoh biasa, kerajaan berkata harga gula kita adalah antara yang termurah di dunia. Maka dibandingkanlah harga gula Malaysia yang "murah" itu dengan harga gula di negara-negara bukan pengeluar gula. Malaysia negara pengeluar gula, mengapa tak bandingkan harga gula kita dengan harga gula di negara-negara pengeluar gula yang harga gulanya memang murah? Serupa juga bila kerajaan naikkan harga petrol, lalu dibandingkan harga petrol kita dengan harga petrol di negara-negara yang bukan pengeluar minyak. Mengapa kerajaan tak bandingkan harga petrol kita dengan harga petrol di negara-negara pengeluar minyak yang memang murah?
Hot..hot..hot..panas..panas..panas..
Yang paling tak seronoknya bila harga gula naik, nanti semua harga barang yang ada gula di dalamnya akan naik harga. Susu, minuman dan makanan nanti pasti naik harga.
Gaji tak naik, harga barangan naik macam roket, hot..hot..panas..panas..Grrrrrr...
1Malaysia: Rakyat didahulukan, harga barang dinaikkan!!
setiap hari panas yang amat di bahagian utara ni. yang boleh buat hanya la bersabar :(
ReplyDeleteFreaky: Mungkin Allah nak menguji kita. Di neraka lagi panas kan?
ReplyDelete