»

09 May 2011

Lepas Ini Anai-Anai Pasti Naik Harga, Jom Ternak Anai-Anai!!

 

Lepas ni sapa yang tinggal kat rumah yang dipenuhi anai-anai pasti menarik nafas lega, kerana anai-anai pun ada harga!! 




Di Malaysia ni, apa saja yang ada hubungan dengan "ubat kuat" pasti mendapat sambutan hangat. Pergilah ke pasar-pasar malam atau kaki lima kedai tepi jalan, ada saja saudagar ubat kuat yang menjaja ubat yang boleh menjadikan lelaki perkasa. Dan kini ada satu ubat kuat baru yang boleh didapati dalam rumah buruk atau di dalam busut. Siapa dapat benda ini dalam kuantiti yang banyak boleh dijual dengan harga mahal dan lepas setahun boleh memiliki Ferrari!!

Baca ini:

LEDANG: Seorang lelaki yang menjalankan perniagaan khidmat mengawal serangga perosak mendakwa memakan hidup-hidup ratu anai-anai boleh merapatkan hubungan suami isteri, dan, seperti pil Viagra, ia membolehkan pasangan bertahan lama di ranjang. 'Isteri berterima kasih kepada saya selepas kami bersama,' kata Encik Abdul Rahim Abu Bakar, 45 tahun. 

Menurutnya, dia mengetahui kehebatan memakan ratu anai-anai itu daripada seorang tabib Cina di bandar ini kira-kira tujuh tahun lalu sebelum mengamalkannya hingga kini. 'Seelok-eloknya, ia dimakan kira-kira 15 minit sebelum bersama dan selewat-lewatnya tiga hari selepas ratu anai-anai dikeluarkan daripada busut untuk mengekalkan khasiatnya. Kehebatannya umpama kita berlari maraton tanpa henti. Malah, tabib Cina itu percaya khasiat ratu anai-anai lebih hebat berbanding cicak tokek,' katanya ketika ditemui di rumahnya di Serom 1, di sini, baru-baru ini.  

Encik Abdul Rahim berkata, ratu anai-anai hanya boleh hidup sekitar tiga hari selepas diambil daripada sarangnya. Bagi lelaki, memakan ratu anai-anai itu dapat membantu memulihkan penyakit mati pucuk dan merawat masalah tenaga batin manakala wanita yang memakannya pula boleh menambahkan kesuburan, dakwanya. -- Metro Ahad.

4 comments:

  1. Semutapi mempunyai ramai kawan dari kaum anai2. Lepas ni Semutapi nak jual mereka ramai2, tentu Semutapi kaya lepas ni!!

    ReplyDelete
  2. ahhh makan anai2 pulak dah... x sanggup nak makan. huhu konpem pasni naik harga anai2

    ReplyDelete
  3. semutapi: Semutapi tak nak ngorat Ratu anai2 ke?

    ReplyDelete
  4. Freaky: Nanti harga sekilo anai2 !!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....