»

25 May 2011

Mahkamah Akan Mendengar Rayuan Anjing Yang Dihukum Mati


pit-bull1_phixr
Pit Bull...memang ganas

Bukan manusia saja yang mempunyai hak untuk membela diri di Mahkamah, anjing pun ada hak untuk membela diri. Begitulah sayangnya seorang pemilik anjing kepada empat ekor anjing yang dibelanya sejak sekian lama.

Di Pulau Pinang, seorang pemilik  anjing  di mana dua ekor anjingnya telah menyerang seorang rakyat Ireland hingga mati Januari lepas telah melantik seorang peguam bagi merayu agar anjing-anjingnya itu tidak "dilupuskan" (tidak dibunuh).

"Saya dan isteri Teoh Bee Eng telah melantik peguam agar empat ekor anjing jenis 'pit bull' itu tidak dilupuskan kerana arahan yang dikeluarkan mahkamah terhadap kesemua anjing itu bersifat terbuka," kata Joseph Teoh Boon Aun, 42, kepada pemberita selepas melawat kesemua anjingnya itu di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut.Dia berkata, peguamnya dari Tetuan Jerald Gomez & Associate telah menghantar dua pucuk surat rayuan kepada Ketua Pengarah Bahagian Unit Undang-Undang Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri baru-baru ini.

Katanya, dalam surat rayuan itu, dia memohon agar pihak berkuasa mempertimbangkan hasrat mereka untuk memelihara kesemua anjing terbabit termasuk dua ekor anjing lain yang tidak terlibat dalam kejadian itu.

Dalam kejadian pada 9 Januari itu, Sullivan Maurice, 50, meninggal dunia akibat luka parah di seluruh badan dan muka serta kedua-dua telinganya putus setelah diserang oleh dua ekor anjing berkenaan ketika sedang merakamkan gambar pokok-pokok durian di ladang milik Teoh di Teluk Bahang.

Pada 4 April lepas, Mahkamah Majistret Balik Pulau memerintahkan supaya Teoh didenda RM8,000 atas kesalahan tidak mengenakan kolar keselamatan dan lencana pendaftaran terhadap anjing-anjingnya.Mahkamah juga turut memerintahkan semua anjing berkenaan diserahkan ke Rumah Sakit Haiwan MPPP untuk dilupus, dimusnah atau lain-lain tindakan yang bersesuaian.

Walaupun anjing-anjing itu ganas, tapi kasih sayang pemilik anjing itu kepada mereka tak pernah berubah. 
 

6 comments:

  1. macam tak adil lah . orang dah mati sebab anjing tu . mungkin patut tempatkan anjing tu di tempat yang sesuai ..

    ReplyDelete
  2. Uih..garangnya diana. Tak tau la..sebab tu kan keputusan mahkamah kan. Mungkin ada hikmahnya


    Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

    ReplyDelete
  3. tia: Jika anjing ni dibebaskan mungkin ada mangsa lagi lepas ni...

    ReplyDelete
  4. Diana; Anjing tu haiwan yg tak tau berfikir, tuan dia juga patut dihukum krn tak jaga keselamatan pengunjung kebunnya..

    ReplyDelete
  5. De Mois: keputusan mahkamah bukan semuanya betul, sebab tu ada hadis yang menyebut kebanyakan hakim masuk neraka..

    ReplyDelete
  6. tak baik ckp mcm tu puan diana. selalunya manusia yg berhati busuk saja yg suka haiwan dibunuh.
    yg salah tu tuan dia sbb x ikat elok2. anjing ni kalau yg bertuan mmg sifat dia, dia akan serang org yg dia x kenal sbb dia ingat org tu nk buat sesuatu.
    seblom berkata-kata fikir dulu ye. nmpk sgt awak mmg anti haiwan. org anti haiwan ni selalunya org sakit jiwa.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....