»

27 May 2011

Kesiannn...Pelajar Ini Dibuang Sekolah Kerana Bau Badan

[Image: chinese-boy-suspended-from-school-for-bo...60x353.jpg]




 
Korang ada kawan yang mempunyai masalah bau badan? Atau korang sendiri ada masalah bau badan? Huhuhu, malunya...

Tapi kat Malaysia ni banyak deodaran yang dijual di pasaran. Dari deodaran yang branded sampai yang kurang branded. Yang penting, semerbak selalu. Yang penting, rahsia bau badan yang hangit dapat disembunyikan...

Petang ni JR nak bawa korang ke China dan menemui seorang pelajar lelaki bernama Liu Fuyang, berusia 15 tahun. Cerita malang mengenai murid ini ialah dia telah dibuang dari sekolahnya kerana bau badannya. Pihak sekolah telah mengeluarkan surat meminta dia berhenti sekolah kerana bau badannya dikatakan mengganggu persekolahan murid-murid lain di kelasnya.

[Image: chinese-boy-suspended-from-school-for-bo...60x353.jpg]
 Liu menunjukkan surat sekolah yang memintanya berhenti
 
Ayah Liu telah membuat surat rayuan kepada pihak sekolah untuk menerima anaknya semula. Sebaliknya pihak sekolah berkeras dan meminta Liu menandatangani surat untuk bersetuju berhenti dari sekolah berkenaan.

[Image: chinese-boy-suspended-from-school-for-bo...60x353.jpg]
Sedih...Liu dan ayahnya

Akhir Liu menulis surat kepada pihak sekolah menyatakan persetujuannya untuk berhenti sekolah. Dalam suratnya itu Liu juga memohon maaf kepada pihak sekolah kerana bau badannya itu mengganggu mereka: "Saya telah menganiaya ramai orang dan jika saya terus bersekolah, saya akan menyakiti lebih ramai orang lagi " kata Liu dalam suratnya.

Kesian Liu kan? Kalau JR jadi Pengetua sekolah itu JR akan hadiahkan satu set pewangi badan kepada Liu bagi menangani masalahnya. JR tak akan biarkan hanya kerana masalah bau badan seseorang itu keciciran ilmu yang penting untuk masa depannya...

(Sumber info: menujuhijau)

2 comments:

  1. nampaknya pengetua tu tak pandai menyelesaikan masalah anak murid dia.kan??
    benda kecik gini pun tak reti nak setle..
    bagi je la deodorent sebotol kat dia.
    alah..benda kecik je ni.
    blh tahan ngok jugak la cikgu2 sekolah dia ni..

    ReplyDelete
  2. ish , apa lah pengetua dia tu . takkan hal kecik macam tu tak boleh nak settle baik2 . teraniaya buadak tu ..


    Lagi Lagi Berat Blog - Penting Okey!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....