»

27 May 2011

Anjing Yang Haram Itu Pun Lebih Baik Dari Manusia

A boy and his dog Photo - Havana, Cuba

                             Kanak-kanak & anjing....gambar hiasan..


Zaman di mana dunia penuh dengan manusia kejam ini, kanak-kanak sering menjadi mangsa. Bila selak saja akhbar, JR selalu ternampak berita kekejaman terhadap kanak-kanak. Ada yang didera, disiksa, diperkosa, malah dibunuh. Yang melakukan kekejaman itu bukannya jin, hantu raya atau pelesit, tapi manusia. Yang melakukannya ialah manusia yang selalu digelar sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Tapi hari ini JR terbaca mengenai satu kisah tentang seekor anjing yang cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak 3 tahun dari mati lemas. Tapi malangnya kanak-kanak itu gagal diselamatkan oleh anjing itu. Mungkin kerana anjing itu tak tahu teknik CPR (bantuan pernafasan mulut ke mulut)...

Kejadian itu berlaku di Kota Kinabalu, di mana polis mengesahkan bahwa  berdasarkan laporan perubatan, Mohd Raqib Mohd Rasili 3 tahun yang terjatuh ke dalam sebuah parit sebenarnya cuba diselamatkan oleh anjing bapa saudaranya dan bukannya digigit oleh binatang itu seperti laporan sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Suhaimi Hasim berkata, laporan perubatan dan bedah siasat dari Hospital Ranau mengesahkan mangsa mati akibat lemas, bukan meninggal kerana digigit anjing. Mohd Raqib yang menghidap asma, mengalami kesukaran bernafas sebaik terperangkap di parit itu, menyebabkan kerosakan di otaknya kerana terputus bekalan oksigen.

“Berdasarkan kesan dan corak gigitan di tubuhnya, menunjukkan mangsa cuba diselamatkan anjing berkenaan selepas terjatuh ke dalam parit, bukan dibaham,” kata DSP Suhaimi.

Anjing adalah binatang yang diketahui sangat taat kepada tuannya. Itu barangkali yang berlaku apabila kanak-kanak itu terjatuh ke dalam parit, anjing kepunyaan bapa saudaranya cuba menyelamatkan Mohd Raqib. Malangnya percubaan anjing itu gagal kerana air sudah terlalu banyak memasuki paru-paru Mohd Aqib dan dia gagal diselamatkan oleh anjing itu. Lagi pun anjing bukan tahu teknik CPR.

Jika anjing itu diajar oleh tuannya teknik CPR, JR percaya dia akan menggunakan teknik itu untuk menyelamatkan Mohd Aqib.

Walaupun mengikut mazhab Shafie anjing haram disentuh, tapi anjing yang haram disentuh itu nampaknya lebih baik dari manusia yang halal disentuh tapi  menggunakan haknya yang halal menyentuh itu untuk menyentuh benda-benda sulit orang lain dan seterusnya membunuh mereka.

Nota: Mengikut mazhab Maliki, anjing boleh disentuh dan dipelihara oleh manusia.

1 comment:

  1. ingatkan terjadi kat luar negara . tak sangka langsung . anjing yang dihina tu lah menyelamatkan manusia .

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....