»

04 May 2011

Insuran Kenderaan Tak Jadi Naik...Alhamdulillah


Berita baik kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang cuma naik kapcai cabuk atau yang naik motor kuasa tinggi atau yang naik kereta kancil yang cute tu, atau yang naik kereta Merc, BMW atau Porche:

  INSURAN KENDERAAN TAK JADI NAIK!!

Sama ada insuran kenderaan tak jadi naik kerana ada udang di sebalik mee sebab pilihanraya umum semakin hampir adalah soal lain. Apa yang penting: insuran kenderaan tak jadi naik!! Seperti kata orang kampung JR:


Bagi duit, kita ambik
Bagi kain pelikat, kita pakai
Bagi gula, kita bancuh
dan kini bagi insuran kenderaan tak naik..thank you
tapi siapa diundi belum tentu!!

Baca berita baik ini:


KUALA LUMPUR 3 Mei 2011 : Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa mengumumkan bahawa orang ramai boleh mendapatkan perlindungan kenderaan dari semua penginsurans am serta Pos Malaysia di seluruh negara serta merta.

"Mulai sekarang, kenderaan tersisih akan dikenakan caj yang sama dengan kadar premium semasa dan tidak dikenakan caj tambahan yang dikenakan kepada kenderaan berisiko tinggi," jelas kenyataan itu lagi.

Kenderaan tersisih juga hanya diperlukan untuk menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom jika ia disahkan berisiko tinggi.

Bank Negara juga menghalang penginsurans daripada mendesak pelanggan mereka untuk membeli produk bukan kenderaan sebagai syarat jualan perlindungan kenderaan untuk memastikan hak pengguna dilindungi.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pembelian perlindungan kenderaan, BNM boleh dihubungi di talian 1-300-88-5465, katanya. (Sumber: Bernama)

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....