»

04 May 2011

Subhanallah..Saintis Buktikan Air Boleh Mendengar Suara Manusia


Molekul air zam-zam

Ketika JR kat sekolah dulu ada rakan sekolah ketawa bila ustaz cerita kisah Saidina Umar Al-Khatab yang menghantar surat kepada sungai. Mengapa rakan JR ketawa? Ini kerana mengikut logik akal mana mungkin air sungai boleh dengar suara manusia? 

Tapi baru-baru ini saintis Jepun membuktikan sebaliknya: memang air boleh mendengar suara manusia!!

Di zaman Saidina Umar memerintah empayar Islam dulu, terjadi musim kemarau yang panjang menyebabkan Sungai Nile di Mesir hampir kontang airnya.Ketika perkara itu diberitahu kepada Saidina Umar, beliau pun menulis satu surat dan meminta Gabenurnya di Mesir, Amr Ibn As membaca surat itu di tebing Sungai Nile dan mencampakkan surat berkenaan ke dalam sungai itu. Surat yang ditulis oleh Saidina Umar itu berbunyi:

" Dari Hamba Allah, Amirul Mu'minin kepada Nile ahlu Misr, Amma Ba'du.  Jika engkau mengalir kerana  kehendakmu maka janganlah engkau mengalir. Sebaliknya, jika engkau mengalir kecuali atas kehendak Allah yang Maha Penguasa, maka dengan ini aku meminta Allah untuk mengalirkanmu".

Setelah membacanya Amr menjatuhkan surat itu ke sungai Nile pada hari Sabtu, dan atas kehendak Allah singai Nile kembali mengalir hingga kedalaman 16 kaki keesokan harinya yang membuatkan rakyat Mesir gembira kerana musim kemarau telah berakhir...

Itu cerita di zaman Saidina Umar 800 tahun dahulu...

Dan ini cerita di Jepun baru-baru ini:

Di Jepun, Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penelitian tentang perilaku air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu telah diambilnya dan dibacakan kata-kata: "arigato" bermaksud "terima kasih". Air yang telah dibaca ucapan terima kasih itu kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera kecepatan tinggi. Ternyata molekul air membentuk kristal segi enam yang sungguh indah selepas dibaca ucapan terima kasih. Percobaan diulangi dengan membacakan ucapan pujian kepada air dan selepas itu didapati terbentuk kristal dengan keindahan yang sama. 

Selanjutnya Dr Masaru mengucapkan  kata "setan", kepada air itu dan didapati dalam mikroskopnya terbentuk  kristal dalam imej yang sangat buruk. Kemudian Dr Masaru memutarkan musik Symphony Mozart yang lembut itu lalu imej kristal muncul berbentuk bunga. Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, tiba-tiba terbentuk kristal yang kelihatan hancur.


Dr. Emoto yang sangat teruja dengan penemuannya itu akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swizerland, Jerman, Perancis dan Palestin dan hasilnya didapati sama - air memahami bahasa manusia! Dia  kemudian diundang ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York untuk mempersembahkan penemuannya pada bulan Mach 2005 lalu. Dia memberitahu saintis-saintis dunia penemuannya bahawa air boleh mendengar kata-kata, boleh membaca tulisan dan boleh memahami pesanan manusia. 

Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menguraikan bahwa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk yang sangat sensitif. Semakin kuat konsentrasi ketika memberi pesan, semakin dalam pesanan tercetak di dalam air. 

Mungkin penemuan Dr Masaru ini boleh menjelaskan kenapa air putih yang didoakan boleh  menyembuhkan penyakit.  Dengan izin Allah, molekul air yang dibaca doa itu akan menangkap pesanan doa penyembuhan, menyimpannya, lalu vibrasinya berubah kepada molekul air lain yang ada kuasa ajaib untuk menyembuhkan penyakit, semuanya dengan izin Allah....

Subhanallah, Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui segalanya.... 

(nukilan JR berdasarkan info dari Ikadanews) 

4 comments:

  1. subhanallah.....thanks sharing...besttt en3 ni :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, maha suci Allah yang maha pencipta dan maha mengetahui

    ReplyDelete
  3. Penyair Senja: terima kasih, yg baik perlu dikongsi..

    ReplyDelete
  4. semutapi: Subhanallah..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....