»

27 April 2011

Video Sex Part 2: Nasib Baik Malaysia Bukan Negara Islam!!







Sebelum pergi ke surau untuk solat Isyak sebentar tadi, JR tertengok berita di TV3.  Tiba-tiba telinga JR menangkap suara penyiar TV yang sedang berhikayat mengenai video sex seseorang di TV. Aaah...cerita video sex lelaki itu lagi, video sex part 2 pula!! Lalu di skrin TV keluarlah gambar hitam putih ala-filem zaman Charlie Chaplin yang menampakkan wajah seorang lelaki gemuk berperut boroi dan berpayu dara besar sedang berdiri.

JR tak kenal siapa lelaki gemuk berperut boroi dan berpayu dara besar itu. TV kata dia pemimpin politik, tapi memandangkan JR kurang berminat dengan politik, maka JR tak kenal sangat siapa lelaki itu. Tapi melihat kepada teknologi penggambaran video hitam putih yang sezaman dengan P.Ramlee 40 tahun dahulu itu, JR yakin pelakon video lucah yang ditayangkan di TV itu pasti sudah lama meninggal dunia. Ya lah, pelakon filem hitam putih Malaysia seperti P.Ramlee, AR Tompel, S.Kadarisman dan ramai lagi sudah lama meninggal dunia, tak kan la pula pelakon video lucah hitam putih yang sezaman dengan P.Ramlee dan rakan-rakannya itu masih hidup pula? Mungkin bukan sahaja pelakon video lucah itu sudah lama meninggal dunia, pengarah video hitam putih teknologi zaman dahulu kala itu juga mungkin sudah lama meninggal dunia. 

Bagi JR siapa pelakon video lucah hitam putih zaman dahulu itu tak penting sangat, kerana tak guna kita mengungkit  kisah orang-orang yang telah lama meninggal dunia itu. Cuma JR terfikir nasib baiklah Malaysia bukan negara Islam...Kalau Malaysia negara Islam seperti Iran, Sudan atau Saudi Arabia, mungkin pihak pengurusan stesen-stesen TV kita sudah dikenakan hukuman berat kerana membenarkan suntingan video lucah diiarkan di TV milik mereka. Nasib baik Malaysia bukan negara Islam!!

6 comments:

  1. Nampak pelakon video lucah tu muka sebiji macam Dato' Eskay!!

    ReplyDelete
  2. sebijik macam dua2 orang tu...kalau betul datuk eskay..takkanlah dia nak malukan diri sendiri lak...

    ReplyDelete
  3. haih macam2 ragam sekarang ni di malaysia

    ReplyDelete
  4. Semutapi: JR tak mau menuduh Datuk Eskay (SK) atau Datuk SZ kerana JR tak ada 4 saksi dan JR juga takut disebat 80 kali kerana gagal membawa 4 saksi:

    “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan (juga lelaki) yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebat mereka 80 kali sebatan dan jangan kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu orang yang fasiq.” (An-Nur:4)

    ReplyDelete
  5. Pendekar: JR tak mau menuduh mana-mana Datuk berzina kerana JR tak ada 4 saksi dan JR juga takut disebat 80 kali kerana gagal membawa 4 saksi:

    “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan (juga lelaki) yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebat mereka 80 kali sebatan dan jangan kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu orang yang fasiq.” (An-Nur:4)l

    ReplyDelete
  6. Freaky: Banyak hidangan di TV yang membuat JR nak muntah...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....