»

28 April 2011

Belasah Guru Besar: No..No..No..The Boss Is Not Always Right!!


boss_is_always_right.gif

Salah satu berita kat TV malam tadi yang menarik perhatian JR ialah kisah seorang guru sekolah kebangsaan di Jalan Langgar, Alor Setar yang membelasah bossnya sendiri (Guru Besar) hingga terjatuh. Akibat dari perbuatan guru itu, dia telah didenda semalam oleh Mahkamah Majistret Alor Setar sebanyak RM2,000. Dan yang lebih malangnya, akibat dari perbuatan guru 43 tahun itu, dia telah digantung kerja sejak  4 tahun lepas yang menyebabkan kehidupannya menjadi sukar kerana hilang pendapatan untuk menyara isteri dan empat anaknya.

Itulah akibat tidak dapat mengawal kemarahan, kekerasan digunakan dan yang malangnya kehidupan keluarga menjadi sukar bila sumber tempat bergantung harap hilang punca pendapatan..

Walaupun Mahkamah menyalahkan guru itu, tapi bagi JR yang tinggal tidak jauh dari sekolah tempat kejadian itu berlaku tidak mahu menyalahkan satu pihak saja. Sebenarnya JR banyak tahu latar belakang kejadian yang tidak dilaporkan oleh TV dan akhbar dan kerana itu JR lebih melihat peristiwa itu sebagai satu kes salah faham yang jika ditangani dengan bijak tak mungkin akan berlaku tumbuk menumbuk antara kedua-dua belah pihak. Apa pun Mahkamah telah menjatuhkan hukuman dan ia perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak.

Bagi mereka yang sedang bekerja, perbezaaan pendapat antara boss dan pegawai bawahannya adalah perkara biasa. JR juga pernah mengalaminya - berkrisis dengan boss - tapi tak pernah sampai ke peringkat menggunakan kekerasan. 

Dalam masyarakat kita boss selalu dipandang betul. Orang putih kata the boss is always right. Tapi benarkah the boss is always right? No, no, no dear, the boss is not always right!! 

Boss juga manusia biasa, boss bukan malaikat, boss bukan nabi dan kerana itu boss juga ada sesekali  membuat salah. Tapi ada juga boss yang bukan saja sesekali buat salah, tapi kerapkali buat salah! Tapi boss tetap boss, kedudukannya sebagai boss perlu dihormati walaupun dia buat salah. Boss ada kuasa, pegawai biasa pula kurang kuasa, pegawai bawahan lagi malang: tidak ada kuasa langsung. Itu bezanya antara boss dan bukan boss. Kerana boss ada kuasa kedudukannya sebagai boss perlu dihormati. Boss boleh menekan kita, tapi kita tak boleh menekan boss. Boss boleh menampar kita, tapi kita tak boleh menampar boss.

Jika boss melakukan kesalahan, ada saluran bagi membetulkan boss. Pegawai bawahan boleh guna tangan untuk menulis, untuk melaporkan hal itu kepada pegawai yang lebih tinggi daripada boss. Jika pegawai bawahan gunakan tangannya untuk melaporkan kesalahan boss kepada pihak yang lebih atas, peristiwa seperti yang berlaku di sekolah Alor Setar itu tak akan berlaku. Tapi malangnya guru itu menggunakan tangannya untuk memukul bossnya. 

Yang kesian ialah keluarga guru itu. Boss kepada guru itu hanya merasa sakit kena pukul selama 4 hari, tapi keluarga guru itu sengsara selama 4 tahun bila guru itu hilang pendapatan akibat digantung kerja...

1 comment:

  1. betul tu bro...kalo dah sakit hati sangat kat boss...make a perfect plan....give suprice to him...easy

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....