Biasanya kalau gadis yang dah termengandung tu mesti rasa malu. Malu pada keluarga, malu pada masyarakat. Dan jika baru berusia 17 tahun dan masih bersekolah, lebih malu lagi: malu pada guru-guru dan rakan-rakan. Sebab tu ada yang bila sudah termengandung, pura-pura tak mengandung: pakai pakaian longgar atau pakain besar untuk sembunyikan perutnya yang buncit.
Gaby...sedang "hamil" 6 bulan
Tapi lain pula dengan Gaby Rodriguez, 17, seorang pelajar dari sebuah sekolah tinggi di Yakima, Washington. Pelajar pintar yang mendapat A dalam semua mata pelajarannya ini sanggup mengambil risiko dihina masyarakat apabila pura-pura hamil, walaupun dia sebenarnya tak hamil. Dia berpura-pura hamil untuk menyiapkan projek sekolahnya bagi mengetahui reaksi dan pandangan masyarakat terhadap gadis muda yang mengandung anak luar nikah di usia remaja. Untuk melaksanakan projek itu dia mengikat bantal di perutnya selama 6 bulan.
Selepas "kandungannya" berusia 6 bulan, suatu hari Gaby hadir dalam perhimpunan sekolah dan di hadapan guru-guru dan rakan-rakannya dia membuat pengakuan dia sebenarnya pura-pura hamil anak luar nikah. Dia lalu mengeluarkan bantal dari perutnya menyebabkan 700 pelajar dan guru sekolah tinggi itu terkejut, namun lepas itu mereka lantas bangun dan memberikan Gaby tepukan gemuruh kerana keberaniannya membuat 'projek gila' itu.
Gaby mengeluarkan bantal dari perutnya..
Pengetua sekolah, Trevor Green memuji keberanian Gaby yang mengorbankan masa 6 bulan untuk menanggung malu bagi menyiapkan projek sekolahnya.
Harap-harap tidak ada pelajar wanita Malaysia yang terikut-ikut dengan keberanian Gaby. Banyak lagi projek yang boleh dibuat yang tidak akan memalukan diri dan keluarga sendiri...
(Sumber inspirasi JR: mother network news)
adeiiiii, berani jgk Bdk nie... Tapi seriusly dekat amerika paling byk kadar kelahiran anak luar nikah, ini adalah FAKTA...
ReplyDeleteEntry terbaru Pendrive Berbentuk Sperma - 10 USB Pendrive Menarik... (",)