»

30 April 2011

Orang Kurus Lebih Cepat Mati Dari Orang Gemuk?



Ketika menulis ni JR sedang sangat keletihan. Keletihan kerana hari ini makan sangat banyak!! Mana tak makan banyak hari ini ada empat kenduri yang perlu dihadiri. Nampaknya pagi esok kena lari 10 km untuk membakar kalori yang entah berapa puluh ribu berada dalam tubuh sepanjang hari ini.

Bercakap tentang makan ini setahu JR ada lima jenis manusia dalam kategori makan:

i)   Orang gemuk kerana makan banyak
i)   Orang gemuk tapi makan tak banyak
iii) Orang badan biasa dan makannya pun biasa-biasa (macam JR la tu...perasan lagi)
iv) Orang kurus tapi makannya banyak
v)  Orang kurus dan makannya sedikit

Ramai orang yang cemburu dengan orang dalam kategori (iv) yang banyak makan tapi tetap kurus tanpa perlu bersenam. Tapi mulai saat ini korang tak perlu berasa cemburu dengan orang kurus semulajadi. Sebaliknya korang perlu mensyukuri dengan bentuk tubuh korang sekarang kerana mengikut satu kajian  orang berperawakan kurus cenderung untuk lebih pendek usia.

Seseorang itu menjadi kurus kerana kadar pembakaran kalori tubuhnya atau metabolisme adalah lebih cepat. Orang gemuk pula biasanya kerana metabolisme tubuhnya yang dikatakan perlahan. Namun hasil kajian itu menunjukkan  bahawa orang dengan metabolisme tubuh yang cepat tidak akan hidup lama sepanjang usia orang-orang yang membakar kalori lebih lambat. Penemuan itu dibuat berdasarkan kajian The National Institutes of Health Amerika terhadap 600 responden yang menyimpulkan bahawa peningkatan metabolisme tubuh boleh  mempercepatkan proses penuaan.
Kajian lain yang melibatkan sekumpulan tikus pula menunjukkan adanya hubungan kuat antara umur dan tingkat metabolisme: makhluk yang membakar energi lebih cepat memiliki usia hidup lebih pendek dibandingkan yang membakar energi secara perlahan.

Sekumpulan saintis Amerika dari The National Institutes of Health juga telah membuat percubaan dengan membandingkan tahap metabolisme dan jangka hidup 652 suku Prima Indian di Arizonna selama 21 tahun. Hasil kajian mereka yang diterbitkan dalam The Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism menunjukkan bahwa suku Indian yang kurus dan memiliki metabolisme lebih tinggi cenderung lebih cepat meninggal dunia berbanding mereka yang gemuk dan metabolismenya lebih rendah..

"Kami berjaya membuktikan bahawa semakin tinggi tahap metabolisme bagi fungsi normal tubuh akan mempercepat faktor risiko kematian yang lebih cepat," ujar ketua pasukan kajian, Dr. Reiner Jumpertz.
Mengapa orang kurus yang tahap metabolismenya tinggi cepat mati? Mengikut saintis tersebut  peningkatan metabolisme akan menyebabkan organ tubuh lebih cepat rosak. Namun, hal ini tidak berlaku kepada energi yang dibakar menerusi  aktiviti berat atau sukan. Ini bermakna mereka yang kurus kerana sering melakukan kerja berat dan bersukan tidak termasuk dalam golongan yang cepat mati itu.
Oleh itu bersyukurlah jika korang bukan dalam kategori kurus semulajadi. Bersyukurlah dengan anugerah Allah....

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....