»

30 April 2011

Malaysia Darul Porno..Pak Haji Pak Lebai Habis Melucah

No porn, please!

Ketika menulis ni JR baru balik dari satu kenduri aruah di rumah jiran JR. Biasalah bila hadir kenduri aruah..semua lelaki berketayap, berserban atau bersongkok. Kelihatan begitu santun, sopan dan beradab dengan berpakaian begitu.

Sedang sedap-sedap menyuap nasi dan gulai ikan kering campur nenas ke mulut,  tiba-tiba seorang Pak Haji berserban mula membuka cerita mengenai video sex seorang yang kononnya tokoh politik terkenal negara. Dengan bangga dia bercerita melihat susuk tubuh pelakon video yang katanya "200% berbeza" dengan pemimpin politik itu.

"Aku dah tengok video tu. Depa memang sengaja nak buat fitnah. Kalau betul-betul dia xxxxx (menyebut nama tokoh politik itu) dalam video, awat depa tak fokus mukanya biaq rakyat percaya. Dah la perut boroi, misai dan janggut pun tak dak, entah barua mana depa ambek jadi pelakon!" katanya marah-marah.

JR terkejut bukan main mendengar suara keras Pak Haji tu. Bukan terkejut dengan suara kuatnya, bukan juga terkejut kerana ramai orang tak percaya dengan video tu, tapi terkejut kerana Pak Haji pun tengok video lucah!!! Kalau pun nak tahu kebenaran, perlukah kita tengok video yang menayangkan payu dara dan kemaluan orang lain? Tak malukah kepada Allah yang memerhatikan apa yang kita buat? Tak takutkah kepada malaikat Atid yang sedang mencatat dosa kamu menonton video lucah itu, wahai Pak Haji?

Yang lebih memualkan JR ialah bila ramai yang berserban dan  berketayap  dalam kenduri itu yang bercakap seolah-olah mereka juga telah melihat video lucah itu. Siap dengan gambaran benda-benda sulit "si-amoi" dan "si-jantan hebat" tu lagi...adoooiiii  malunya aku!! 

Jadi memang benarlah ramai orang dah tengok video lucah tu? Ya lah walaupun video lucah siri 2 hingga 4 tu sudah dipadam dari Youtube tapi beberapa blog politik terus mengekalkan video lucah itu dalam blog masing-masing. Klik saja terus dapat tengok payudara dan kemaluan orang lain!! Jika Pak Haji berserban dan Pak Lebai berketayap pun sudah berani tengok video lucah, sudah berani tengok payudara dan kemaluan orang lain, apa lagilah anak-anak muda yang rambutnya tercacak?

JR hanya menjamah sedikit nasi saja dalam kenduri tadi. Tak lalu makan...tekak rasa loya bila melihat pornografi sudah jadi budaya yang diterima ramai rakyat malaysia, hingga Pak Haji dan Pak Lebai pun menonton video lucah. Patut la ada kawan JR yang berseloroh berkata Datuk Seri Najib sepatutnya tukar thema  1Malaysia jadi 1Malaysia Darul Porno!!

Petang ini JR nak hadiri satu lagi kenduri di Pendang - kenduri kahwin rakan...Harap-harap cerita video lucah ni tak dijadikan sebahagian dari hidangan makan dalam kenduri itu...

JR: Biarlah orang-orang politik saja yang menadah bahu kiri mereka untuk dicatat dosanya oleh malaikat Atid, mengapa kita rakyat biasa pun nak ikut jadi mereka?

1 comment:

  1. mungkin mereka ade tengok gambar yang dipaparkan dalam kahbar kot jr.. akhbar pon tayang gambar daripada video tu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....