»

11 April 2011

Ngeri: Tersangkut Di Roller Coaster Dengan Kaki Di Atas Kepala Di Bawah






Korang pernah naik roller coaster? Pasti ramai yang pernah naik, tapi ada juga yang pernah naik tapi tak ingin naik lagi lepas tu. Bagi yang bercadang nak naik roller coaster, berhati-hati, jangan jadi macam cerita yang nak JR hidangkan di bawah ni:

Lapan belas orang yang naik roller coaster di Anhui, Cina, mendapat lebih kepuasan dari apa yang mereka harapkan dari bencana ini. Mereka terlekat secara terbalik selama setengah jam ketika angin kencang menyebabkan roller coaster berhenti meluncur.
 
Angin kencang menyebabkan roller coaster berhenti di bahagian atas loop di sebuah taman permainan di Anhui, bahagian timur China. Mereka tergantung terbalik selama kira-kira setengah jam dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah. Enam dari mereka jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital selepas diselamatkan.
 
Roller coaster itu pada mulanya beroperasi dalam keadaan baik dalam keadaan  cuaca yang baik. Tetapi tiupan angin kuat secara tiba-tiba telah menghentikan roller coster itu, yang kemudian terkunci di loop dengan penumpang tergantung secara  terbalik.
(Sumber cerita asal:Tulahan)

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....