Rakyat Malaysia kebuluran? Foto-foto di atas dan di bawah ni menggambarkan betapa kebulurnya rakyat Malaysia yang berebut-rebut mendapatkan tupperware percuma sehingga ada yang tercedera.
Kejadian berlaku di Kuching, memaparkan wajah-wajah tak malu rakyat Malaysia yang berebut-rebut mendapatkan tupperware percuma @ sogokan pilihanraya yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berkempen di Sarawak malam tadi. Tak malu langsung, berebut-rebut sehingga ada yang tecedera
Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.
lKetika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.
Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware. Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada. Dalam kekecohan itu, ramai yang jatuh.
Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu.
Jika wartawan asing melihat peristiwa itu ia pasti dicatat dalam akhbar mereka, mungkin dengan tajuk : "Rakyat Malaysia kebuluran berebut makanan percuma"
(Foto: Malaysiakini)
bile pulak tepawe print pix tu?! amboiiii..! :-)
ReplyDelete